Friday 12 October 2012

Ho Chi Minh City: Day 1

Tarikh: 07 OCT 2012


Hari yang dinantikan dah tiba, aku bangun seawal jam 0400 untuk bersiap....huh.. x sabar nak tgk negara yang dibanjiri motosikal (aku dah buat research) . Kami bertiga dari Seremban dan yang lain dari rumah masing2.  Aku, acik dan sister in-law bertolak ke LCCT pada jam 0500, along aku yang hantar... seronok lah ayah aku, tidurnya tidak di ganggu. Flight kami retime, dari jam 0915 ----> 0705 dan kami telah diberitahu seminggu awal. Kami take off pada jam 0715 dan tiba di Lapangan Terbang Tan Son Nhat pada jam 0800 waktu tempatan. GMT Vietnam adalah GMT+7 manakala Malaysia GMT +8, ini bermakna waktu di Vietnam awal 1 jam. 

Ketibaan kami di sambut oleh Miss Dove (tourist guide) yang sedang memegang tanda nama kakak ipar ku. Miss Dove akan guide kami sepanjang berada di Ho Chi Minh City. Aku agak terkejut bila Dove menyapa kami dengan berbahasa Melayu (dialek Indonesia) " Assalamualaikum, apa khabar semua? katanya sambil menghulurkan tangan bersalam. Aku tercengang, x sempat pun nak jawab salam.. Dove non-Muslim, dia komunis dengan kepercayaan free thinker.  Dove seorang pelajar di Universiti di HCMC buat 1st degree secara part time. Boleh berbahasa Indonesia, Inggeris dan Japanese dengan lancar skali. Tabik spring lah kat Dove. Sebaya aku jer.. Berapa???? hehehheheee... Secret!


Dove sedang memberi penerangan tentang itinerary kami


Kami di bawa bersiar2 dengan menaiki Coaster Hyundai 23 seater, menarik kan? Kami yang hanya 9 orang duduk twin seat seorang....bahagia hidup...huhuhuuuu.... Oleh kerana kami tiba awal pagi, dan waktu untuk check-in jam 1400, kami dibawa bersiar2 pusing bandar Ho Chi Minh City. Sepanjang perjalanan kami untuk aktiviti sighseeing, kami di kejutkan dengan berduyun2 motosikal di jalan raya Ho Chi Minh City ini. Adakala kami menjerit sebab takut berlanggar dengan motosikal... hehheheheee... memang culture shock lah. Dove yang duduk di depan tersenyum2 melihat gelagat kami. Dianggarkan lebih 3 juta motosikal di jalan raya Ho Chi Minh City dengan kepadatan penduduk hampir 10 juta orang.

Pemandangan yang agak asing bagi aku..

Over loading... 


Tempat pertama lawatan kami adalah Saigon Notre Dame Basilica iaitu sebuah gereja yang dibina oleh kolonial Perancis. Seni binanya di tiru bulat2 dari gereja yang asal di Perancis. Kami x masuk pun, cuma snap pic dari jauh... xder aper pun yang menarik disini, cuma menghayati senibina Perancis di sekitarnya. dan dapat melihat gelagat pasangan yang mengambil gambar untuk pre-wedding mereka. Kemudian kami melintas jalan ke  Saigon Central Post Office yang berada di sebelah kiri gereja.

Saigon Notre Dame Basilica
Untuk pengetahuan semua, ramai polis pelancong ditempatkan di sekitar kawasan tarikkan pelancongan di bandar nie. Jika anda takut untuk melintas jalan, mereka akan bantu anda, so jangan risau yer. Melintas jalan disini memang menakutkan, mereka tidak akan berhenti semata-mata untuk beri kita melintas, jadi kita perlu melintas dengan perlahan dan mereka akan mengelak tapi ingat!!!! jangan berlari atau berpatah balik kerna ini akan menyebabkan mereka terkejut dan terlanggar kita. 

Saigon Post Office: Polis pelancong yang beruniform hijo

Di dalam Saigon Central Post Office terdapat banyak gerai-gerai cenderahati, antara yang dijual adalah fridge magnet, poskad, key chain, zippo dan lain2. Aku cuma membeli sekeping poskad dengan harga VND5000 (RM 0.80), setem VND 10,500 ( RM1.70) dan hantar ke Malaysia... hantar kat diri sendiri jer... hehehehehee... 


Di dalam Post Office: Di tengah tu gambar MR. Ho

Setelah setengah jam di kawasan sekitar, kami bergerak ke Masjid Jamek, kami di sambut oleh Imam di masjid tersebut iaitu Ustaz Anuar. Ustaz tersebut dari keturunan Melayu Champa, beliau sangat fasih Berbahasa Melayu kerana beliau belajar di Malaysia. Di Masjid Jamek kami dapat maklumat tentang waktu solat dan mengetahui serba sedikit tentang Melayu Champa yang merupakan golongan minoriti di Vietnam. Masjid ini juga setentang dengan 2 buah restoran halal iaitu Restoran Halal Saigon dan restoran Bombay.

Masjid Jamek atau Lamson Mosque

Kemudian kami di bawa ke sebuah halal restoran untuk lunch iaitu RED HOUSE RESTAURANT. Menu untuk lunch agak menyelerakan iaitu seafood soup, Ikan talapia kerabu mangga, udang goreng tepung, red house tofu, sayur sawi, ayam goreng, nasi kukus, air tea Cina dan agar2 sebagai dessert.

Bila piranha lapar.... aku suka ikan Talapia kerabu mangga... gabungan yang mantap... awesome..
Errrrrppp.... Alhamdulilah.. Perut dah kenyang, mata mula mengantuk.. Jam menunjukkan pukul 1215. masih ada banyak masa lagi sebelum check-in hotel, jadi kami ambil keputusan untuk berjalan kaki untuk ke Saigon Square iaitu Top Ten Best Tourist Shopping Places. Kami di beri masa 1 jam untuk shopping di situ.. Aku x beli apa2 pun, barang-barangnya agak mahal dan tidak boleh tawar. Board Fixed Price terpampang di setiap kedai... Xper lah, window shopping jer lah. Bila dah boring, aku duduk di entrance di bawah aircond.. Pergggg... legaaaaaa..... muka yang masam jadi manis semula... Dari situ aku lihat gelagat local people dengan motosikalnya yang banyak terpakir cantik di hadapan shopping mall nie.


Motosikal berdoyon di depan Saigon Square

Dove memberi maklumat bahawa Pasar Ben Tanh tu adalah untuk kunjungan pelancong sahaja kerana barang di sana sangat mahal. Local people tak suka tawar menawar, so mereka akan membeli barang di shopping mall, kedai2 biasa atau di China Town berbanding Pasar Ben Tanh. OOOO... begitu ker.. baru makcik tauuuuu... so sesiapa yang bershopping di Pasar Ben Tanh mesti lah tawar menawar dengan harga yang jauh lebih murah, biasanya aku tawar dengan harga 3/4 jauh lebih murah.. Kalau mereka x bagi dan suruh letak harga yg tinggi sikit, aku naik kan sikit demi sedikit... bila mereka dah bosan, mereka akan bagi harga dibawah separuh harga... Nampak x permainan mereka...

Pada jam 1330 kami dapat check-in di Tan Hai Long Hotel & Spa di mana lokasinya sangat strategik, cuma 2 minit berjalan kaki dari Pasar Ben Tanh, bersebelahan dengan restoran halal (Restoran Kampung Melayu) dan kedai Hjh Basiroh. Kalau duduk di hotel nie x yah risau tentang makanan halal, sedia saja ongkosnya kerana makanan halal agak mahal di sini. Hotel ini juga menyediakan breakfast halal dan tak banyak pilihan.

Front Desk & Tourist Information Desk

Kami berehat dan boleh melakukan aktiviti sendiri, aku  bersama acik dan Dove mula tawaf Pasar Ben Tanh untuk survey2 harga dulu. Kemudian kami balik ke hotel dan berehat kerana jam 1800 kami kena berkumpul di lobi untuk pergi menonton Water Puppet Show.


Acik di depan Water Puppet Show Theater 


Entrance fee untuk Water Puppet Show adalah 5usd untuk harga agent, harga dari 5usd-12usd ini bergantung kepada dari mana kita tempah atau beli tiket. Jika di kaunter theater 6usd untuk pelancong dan jika pembelian via online 12usd. Show memakan masa lebih kurang 45 minit dan terdapat 17 cerita dalam 1 persembahan. Bahasa Vietnamese digunakan sepenuhnya sepanjang persembahan, semestinya aku x faham, tetapi kita boleh refer pada pamphlet yang diedarkan, mereka telah senaraikan tajuk2 stories dalam pelbagai bahasa.

Muzik dan suara secara live di kiri dan kanan pentas


Barisan pelakon belakang tabir yang mengerakkan puppet...

Setelah selesai, kami kemudianya di bawa ke Restoran Halal Saigon untuk dinner... Yahooo.. makan lagi... Halal Saigon nie dimiliki oleh seorang doktor dari Malaysia yang bertugas di Vietnam. Banyak betul hidangan pada malam tersebut, bila dah kenyang kami pulang ke hotel dan berjalan2 di pasar malam yang dibuka setelah pasar Ben Tanh tutup... waktu operasi jam 1900-2359. Kaki mula terasa sakit dan lenguh, habis  aku tawaf pasar malam tu... dapatlah aku beli 2 ketol bagpack Deuter dan sedikit cenderahati... lepas tu pulang ke hotel dan tido.......


Menu utk dinner kami... yummy... licin hokey... aku paling suka kerabu umbut kelapa udang...




2 comments:

  1. nk tnya deuter berape hrge kat sne??

    ReplyDelete
  2. maaf mau menanyakan contact person dari Miss. Dove, apakah anda memilikinya, terima kasih atas informasinya !

    ReplyDelete