Cover novel Adam dan Hawa cetakkan pertama... |
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya
kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam
Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu,
seolah-olah benar apa yang berlaku.
Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan
tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas
sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan,
menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain
tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah!
Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam
dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang
didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka
sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak
pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya
jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.
Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba
menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak
tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Novel pun naik lunyai sebab baca banyak kali... hehhehheheee |
Cover untuk cetakan ulangan.. |
P/s: Aku dah baca novel nie 4 kali dan sekarang tgh kumpulkan drama siri Adam dan Hawa yang di adaptasi dari novel ini...
No comments:
Post a Comment