Wednesday, 10 October 2012

Ho Chi Minh City: Persiapan

Riang hatiku badan bertuah... lalalalalalalaaaaaa... Syukur Alhamdulillah.. Aku telah pulang dengan selamatnya bersama 20kg luggage iaitu hasil tangkapan sepanjang percutian di Ho Chi Minh City. Banyakkan barang yang aku beli tapi aku punya cuma 1 barang jer tau, the rest adalah cenderahati buat insan-insan tersayang.




Listing barang yang nak dibawa


TIKET
Pemergian aku bersama beberapa ahli keluarga ke Vietnam nie telah di rancang dari awal tahun lagi. Pada masa tu  AirAsia sedang buat promosi 10sen dan kakak aku meng'grab tiket ke Ho Chi Minh City dengan harga RM169/pax. Berbaloi2 kan... Pada mulanya hanya kami berempat jer yang berminat, tapi semakin dekat nak pergi, semakin ramai yang nak join dan akhirnya menjadi 9 paxs semuanya (harga tiket antara RM169++ - RM400++). 
PAKEJ
Sebelum pergi, kami telah buat keputusan untuk menggunakan khidmat travel agent untuk Muslim ground tour package, tapi mesti mengikut itinerary yang kami tetapkan lalu bermulalah operasi mencari pakej-pakej yang harganya berpatutan... Mostly di Malaysia, pakej bermula dari 500++/pax untuk Muslim ground tour package.. ermm... huhhh...mengeluh aku sekejap, harga tu di luar kemampuan aku sebagai student (yg lain keje, mesti lah mampu). Kami cari lagi... cari... cari..... dan terjumpa satu travel agent dari Vietnam. Kami contact owner travel agent (Mr. Mickey) via YM (Yahoo Messenger) dan hasil dari perbincangan, kami dapat pakej dengan harga 135USD (RM 415) dan itenarary dibuat berdasarkan flight itinerary kami. Pakej termasuk penginapan di TAN HAI LONG (2min berjalan ke pasar Ben Tanh) untuk 2 malam, sightseeing, puppet show, excursion to Cu Chi Tunnel (sebutan Gu Chi),  makan 5x kali (halal restoran) dan air mineral 2 botol setiap hari. Tourist guide pun boleh berbahasa Inggeris, Melayu dan Japanese. Berpatutan tak???


Travel agent 


PEMBAYARAN
Untuk pakej, deposit diperlukan seminggu sebelum depart. It's for confirmation package and hotel reservation. Pembayaran deposit boleh menggunakan 2 metod iaitu T/T transfer atau credit card dan kami telah menggunakan CC. Bakinya kami jelaskan pada tourist guide (Miss Dove) pada hari pertama di sana. Setelah pembayaran deposit di lakukan dan semuanya confirm, kami hanya menghitung hari untuk bercuti....



CURRENCY
Di Vietnam boleh guna USD, VND dan RM untuk aktiviti urusniaga. Kami tukar duit siap2 dari Malaysia. Masa aku tukar, 1USD = RM3.08 dan 1juta Dong = RM 159. Pada pendapat aku lah, lebih baik berbelanja guna duit RM dan Dong shj sebab peniaga di pasar Ben Tanh guna tukaran begini, 10USD = RM30. Mereka cuma darab dengan 3 jer sedangkan currency yang dah di tukar 3.08 so rugi lah kan... Apa2 pun terpulang pada diri masing2, aku memang jenis agak berkira dengan untung rugi nie.... hehehheheeee....



VND- Merasa la jadi jutawan skejap

USD- Jangan lupa tukar dalam note kecil2 yer. Aku bawa calculator  dan currency table supaya senang nak kira time shopping nanti.  Dan pastikan duit yg diterima adalah tahun 2006 ke atas yer, sebab duit tahun sebelumnya banyak yang palsu.



P/s: Masih menunggu poskad dari Ho Chi Minh City.. Bila nak dapat nie????







1 comment: