Hari yang dinanti2kan telah tiba... Hati girang sampai tido pun x lena... hehehheheee... aku dan kakak ku dari Seremban, kami akan parking di staff carpark di LCCT dan Dr. Jenny dari rumahnya di Putrajaya, pak dia yang hantar.. Kami berjanji untuk berjumpa di kios check-in utk print boarding pass dahulu.. Flight take off tepat jam 0800, penerbangan pagi itu agak lancar dan mengambil masa 2jam 30minit untuk tiba di BKI. Bila plane mula mencecah awan aku mula terasa agak mual... ermmmm... tak breakfast lagikan, aku rasa angin dalam perut tgh berebut2 nak keluar di mulut.. tapi ku tahan Jebat... aku duduk di tepi tingkap, memang x dan klu nak ke toilet... ku tahan lg Jebat... Harap2 berdoa cepatlah makcik2 pramugari nie sorong makanan... Aku order sandwich combo jer, dapat alas perut pun jadilah.. Bila keadaan aku dah stabil, aper lagi.. aku bantai tido sampai flight nak landing..
After flight touch down, kami berjalan keluar dan beratur untuk dapatkan pas masuk ala2 visa... guna Mykad jer... Pastu aku ke rak yang menyediakan pamphlet dan brochure percuma sambil menunggu yang lain pick up baggage. Aku cuma bawa 1 backpack jer (hand luggage). Keluar dari airport jam 1100, owner kereta sewa dah tunggu untuk serahkan kereta Myvi yang kami dah booked, selepas membuat pembayaran kami memulakan perjalanan ke Kudat.
Perjalanan ke Kudat memakan masa 3jam (kami hampir 5jam sebab jalan yg x elok dan banyak menyinggah) dengan jarak lebih kurang 163km. Kami isi fuel full tank RM 60 di petrol pump berdekatan dengan airport dan mula bergerak ke main road. Keadaan trafik di Kota Kinabalu agak sibuk dan skali skala tersekat di dalam jammed. Kami menghala ke Tuaran dan perjalanan semakin lancar bila mula mencecah pinggir bandar. Apa yang agak baru bagi kami, terdapat banyak roundabout kecil sepanjang perjalanan kami ke Kudat, mungkin kosnya murah berbanding lampu isyarat. Lampu isyarat cuma dapat di lihat di Kota Kinabalu dan skali skala di pekan kecil mereka. Kami tidak singgah di Tuaran kerana mahu mengejar masa untuk tiba di Kota Belut untuk lunch.
|
Majlis Daerah Kota Belud opposite KFC |
Tiba di Kota Belut hampir jam 1200.. Aku park kereta di kawasan kedai dan kami mulakan misi mencari restoran halal... penat tengkok aku mendongak mencari tanda restoran halal tp nan hado.. aduh.. perut dah pedih2 nie.. akhirnya kami mengalah, memang sukar untuk mencari restoran halal di situ. Alternatif terakhir, kami terpaksa makan nasi ayam di KFC Kota Belut... itu shj pilihan nasi yang ada...daripada perut lapar, bedal jer.. fast food pun fast food lah asal kenyang.. Ketika kami masuk dan makan, hati aku kurang senang dengan pandangan dan tenungan orang2 tempatan yang rata2nya remaja di dalam KFC tu.. kami dilihat macam alien, gelojoh sgt ker kami makan?? hehheheheee... Mungkin sebab kami bertiga shj yang bertudung di dalam KFC yang penuh sesak tu.
|
KFC yang banyak berjasa... |
Oleh kerana sepanjang jalan tiada R n R atau apa2 tempat persinggahan, kami ambil peluang menggunakan tandas KFC nie untuk membasuh muka dan menqadakan aper2 yang patut. Di sebelah kawasan kami pakir kereta, rupanya ada kawasan yang ala2 macam bus stand di mana pengangkutan awam penduduk tempatan berkumpul di situ... Mereka mengubahsuai 4x4 menjadi pengangkutan awam yang comel... hehehehee...Kemudian kami mulakan perjalanan ke Kota Marudu, daerah sebelum Kudat. Sepanjang jalan menuju ke Kota Marudu kami melalui kampung2 yang mempunyai pemandangan yang sangat indah, mata supir yang letih menjadi segar.
|
Kota Belud public transport |
|
Teruja tgk mereka naik benda nie.. |
Dalam perjalanan tersebut, kami lihat majoriti kenderaan di atas jalan adalah jenis 4 wheel drive dan MPV.. terasa kecil jer memandu MyVi di situ... Terdapat banyak car wash di sepanjang jalan ke Kota Marudu, sampaikan ader yang buat car wash di halaman rumah mereka. Kami dah mula tertanya2... Apabila kami passed by Kota Marudu( x singgah pekan pun) jalan raya semakin berdebu, MPV dan 4x4 yang lalu semua comot dan berdebu... persoalan car wash banyak sebelum ini, terjawab sudah.. Perjalanan kami semakin perlahan dan sukar, tadi jalan raya bertar, kini cuma tanah dan batu kerikil shj.. Aku risau sangat takut tayar kereta meletup ker.. bocor ker... aduhhh... Aku baru teringat pemilik kereta sewa tadi ader nasihatkan aku supaya berhati2 ketika melalui jalan yang rosak dan masih dalam proses baik pulih ini.. katanya ada 1 lubang besar yang banyak kemalangan dah berlaku di situ... mujurlah aku berhati2, memang ada lubang tu... seriau bila difikirkan semula... Alhamdulillah, perjalanan hampir 45 min (aku pandu perlahan) di jalan yang rosak berakhir juga.. Aku singgah di gerai tepi jalan yang menjual jagung bakar dan kekacang.. Kereta dan tayar kereta tosah cakap lah... macam pakai foundation tebal gamaknyer... Beli jagung bakar dan kacang untuk bekalan...
|
Jagung bakar yang sedap.. |
Kami sambung lagi perjalanan ke Kudat... sebelum ke Pekan Kudat untuk menjemput along di markasnya, kami sempat singgah di Gombizau Honey Bee Farm yang terletak di Matunggong 45km dari pekan Kudat. Kami tidak masuk ke bee farm sebab masa tu bukan waktu lebah mengeluarkan banyak madu, klu pegi pun x dapat rasa sarang madu nyer.. so kami cuma membeli madu yang telah sedia ada di entrance dan bergambar kenangan di sekitarnya. Semasa berbual2 dengan local, aku bagitau tempat yang seterusnya akan ke Kampung Sumangkap di mana penduduknya mengusahakan pembuatan gong, tapi malang bagi kami sebab di kampung tersebut ada kematian, dan penduduk kg akan berkabung (tidak membuat gong) selama 1 minggu.. huhhhhhhh... frustnyer....
|
Entrance fee |
|
Jual! Jual! madu tiga.. 1 botol tu RM30 dapat kurang RM 28 |
|
Model free Gombizau Kampung Madu...heheheheee... |
Kami sambung sightseeing ke Maranjak Longhouse... Rumah traditional suku kaum Rungus ini agak menarik, diperbuat daripada buluh untuk dinding dan lantai manakala atap dibuat daripada nipah. Masuk di kenakan bayaran RM 3/pax. Di dalam rumah panjang nie ada banyak kelengkapan rumah yang di perbuat daripada kayu dan manik.. Jom layan gambar jer lah, nak cerita panjang sgt plak...
|
Entrance + local |
|
Dalam rumah panjang.. |
|
Panjangkan rumah panjang.. hehhehee... |
|
Tengok yang kat bawah dah cukup.. |
|
Bersama penduduk tempatan dengan tradition custom... jumpa tepi jalan, sempat panggil untuk bergambar.. Thanks makcik yg sporting |
Selepas mendapat panggilan daripada Along.. kami kembali menyambung perjalanan ke pekan Kudat, misi kami untuk menjemput Along ku di markasnya yang bersebelahan dengan lapangan terbang Kudat. Kemudian Along membawa kami bersiar2 di Pantai BakBak.. Pantainya cantik, banyak batu2 terhampar di gigi air... Setelah 1/2 jam berehat di tepi pantai, kami menghala ke tempat penginapan.. badan dah letih lesu... Penginapan kami ditaja oleh Along di Kudat Golf & Marina Resort.. pemandang dari bilik kami memang cantik... Sea View hokey... Aku dan Dr. Jenny x sabar2 nak terjun pool.. Kul 9 p.m kami jumpa di lobby untuk g mencekik....
|
Sea View from our room.... |
|
Dinner seafood, tak menepati selera aku.. nama jer restoran org Kelantan, tp rasa macam masakan tempatan Sabah... Xde garam dan rempah ker kat Sabah nie.. ala2 Chinese food yg x berapa nak menjadi... hehheheheee... tp syukur Alhamdulillah, terisi juga perut... |
Pas makan, pusing2 pekan Kudat dan balik ke bilik.... Letak jer kepala di bantal terus Zzzzzzzzzzz..... (simpan tenaga berjalan di Simpang Mengayau dan utk drive ke Kundasang esok..hoyeeeeee)
No comments:
Post a Comment