Saturday, 13 October 2012

Ho Chi Minh City: Day 2


Tarikh: 08 OCT 2012


Pada pagi hari ke-2, aku cuma breakfast roti di bilik.. malas nak turun di cafe. Kami berkumpul di lobi pada jam 0800 dan memulakan perjalanan ke Cu Chi Tunnel yang terletak lebih 200km dari bandar Ho Chi Minh yang memakan masa 2 jam perjalanan. Kami tido sepanjang jalan, letih semalam x hilang lagi. Setelah tiba di Cu Chi Tunnel, kami di bawa treking di kawasan tersebut. Dove memberi penerangan di setiap pit stop dan kami menghayati hasil tinggalan sejarah perang Vietnam. Aku dapat rasakan bagaimana susahnya askar2 mereka berjuang untuk meraih kemerdekaan. Aku sangat bersyukur kerana aku di lahirkan ketika negara telah aman dan maju, jauh dari segala kesusahan dan kepayahan. 

Tunnel plan, 3 layers hokey...


Dove beri penerangan tentang tempat bersejarah ini..


Demo dari petugas di sana.. antara pintu masuk tempat persembunyian askar Vietnam.


Demo Dr. Jenny plak... dia sorg jer yang berani masuk dalam tu, pastu nak kuar x boleh.. hehehehheeeeee.... You rock Jenny!!!!

Trap yang tidak membunuh serta merta, tetapi membuat mangsa menderita terseksa sebelum menemui ajal.... ngeriiii...

Dove tunjukkan bagaimana menggunakan trap ini...  bahaya, pakunya pun dah karat...

Demo cara membuat selipar dari tiub tayar yang digunakan oleh askar Vietnam semasa perang dulu, mereka curi tayar dari pengkalan US.... boleh beli untuk cenderahati, tp x ingat harganya...

Bom2 sisa tinggalan askar US...

Di sini terdapat juga gerai menjual cenderahati, aku sempat membeli sikat yang diperbuat dari tanduk kerbau dengan harga VND 35,000 ( RM 6 each), kat pasar Ben Tanh VND 200,000 (RM 32).... giler mahal kan...Sesiapa yang nak cuba menembak disediakan lapang sasar dengan bayaran 10usd utk 10butir peluru, boleh kongsi2 peluru tu. Aku x cuba pun, duk jauh pun bingit telinga dengar setiap das tembakkan, klu along aku ikut mesti dia cuba, dia kan sniper special force tapi dia x jadi ikut di saat akhir, rugi jer tiket flight dah booked..ermmm... peluru yang digunakan adalah peluru hidup tau...

Tahu bacakannnn....:)

Setelah habis tawaf di Cu Chi nie, kami di bawa ke Restoran Shamsudin, restoran nie baru lagi. Restoran yang luas dan selesa, dekorasinya pun cantik, ia terletak tidak jauh dari Cu Chi Tunnel tadi. Macam sebelum ini, makanan sedap dan menyelerakan, nak2 lagi bila perut betul2 lapar kann... Kemudian kami kembali ke Ho Chi Minh City untuk sambung sightseeing di War Remnants Museum.


Besar restoran nie mcm rumah banglo....


Muzium yang membuat aku lebih menghargai apa itu kemerdekaan...

Di perkarangan muzium ini terdapat beberapa jet pejuang, tank, helicopter dan meriam tinggalan daripada askar2 US semasa perang Vietnam yang berakhir pada tahun 1975. Di dalam muzium pula terdapat banyak gambar2 tentang pejuang2 Vietnam yang berjuang untuk mendapat kebebasan dari terus dijajah dan mangsa2 yang terkorban mahupun yang terselamat. Gambar kanak-kanak yang lahir selepas ibu mereka terkena bom kimia sangat menyayat hati, mereka semua di lahirkan cacat akibat dari kesan radioaktif bom kimia tersebut.


Jet pejuang, teruja tengok...


Selepas menghabiskan masa 1 jam di sini, kami di bawa ke Hard Rock Cafe atas permintaan Dr. Jenny. Beria-ia dari semalam mahu ke tempat famous nie, baju HR antara koleksi wajib Dr. Jenny so kita ikutkan ajer la... Pastu kami ke Hong Anh konon2 nak beli kain sutera Vietnam, tapi pekerja mereka sangat x friendly... Bila muka dah kelat, aku pun cabut lah ke kedai sebelahnya... Aku cuba tawar kain sutera dan kain cotton Vietnam dan aku berjaya... Aper lagi, yang mak-mak nie pun terus borong kain2 kat sini... Nama kedainyer x ingat plak, pekerja mereka baik, sabar jer melayan kerenah kami... Selepas satu kedai, kami masuk kedai yang lain.. Shopping sakan sampai x sedar masa berlalu dan hari semakin gelap... Bila nak balik ke hotel, baru perasan yang coaster kami x dapat tunggu, tapi xpe Dove ada untuk guide kami pulang so kami balik ke hotel jalan kaki, dekat jer rupanyer... dah sampai hotel aku letak barang di bilik dan sambung shopping di Ben Tanh Market pula... Dinner malam nie tidak termasuk dalam itinerary, so kami pergi makan asing2... aku dan Acik ke VN Halal beli dan tapau makan dalam hotel (kami order Pho, nasi goreng kampung dan nasi Pataya- RM 48)... malam tu x kuar ke night market dah, kaki rasa macam nak tercabut... berehat dan tido.....Zzzzzzzz...







No comments:

Post a Comment