Huhhhh.. Sejuk betul pagi di Kundasang.. Pagi tu rasa malas betul nak bersiram.. mane taknyer, kaki cecah lantai marmar toilet pun dah mengigil kesejukkan... hehehehheee... Tapi ku tahan Jebat.. Pas breakfast di hotel kami check out, sambil tu aku duk ngendeng2 di front desk hotel untuk dapatkan maklumat tentang tempat yang akan kami pergi kejap lagi.. Aku memang tak suka bab-bab sesat nie, buang masa.. tapi klu dah sesat juga aku redha jer... Mengikut itinerary, kami akan ke Desa Cattle, Kundasang War Memorial dan Kinabalu Park. Hensem boy di front desk siap bg poket map untuk ke tempat tu... Syukur Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan tidak sosek..
|
The Cottage Hotel, Kundasang |
|
Pemandangan dari bilik... |
|
Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dari hotel |
Tempat pertama kami tuju pagi itu adalah Desa Cattle Sabah.. Di sini kami dapat lihat banyak lembu-lembu yang bertompok hitam dan putih dengan latarbelakang Gunung Kinabalu... Terasa seperti di obersea plak.. kira nie pun obersea jugak kan... merentas Laut China Selatan.. hehehheee... Di Desa Cattle terdapat kawasan untuk memerah susu lembu, memproses susu dan packing susu di dalam kotak.. Semua proses ini menggunakan teknologi moden dan kita boleh lihat secara dekat setiap proses tersebut tetapi melalui cermin lutsinar.. Produk tenusu dijual kepada visitor dan diedarkan di beberapa daerah di Sabah. Terdapat juga sudut pameran dan kedai cenderahati yang menjual pelbagai jenis barang seperti t-shirt, mug, fridge magnet, keychain dan lain-lain.. Kami menambah koleksi FM di sini, banyak design FM yang cantik2 dan yang penting ader gambar cartoon lembu yang comel... Tapi frust sungguh sebab x dapat merasa susu segar keluaran Desa Cattle kerana produk tenusu di keluarkan jam 11 pagi ke atas dan masa tu baru jam 10 pagi... Sebelum beredar pergi, kami ke padang ragut untuk bergambar dengan lembu2... hehehehheeee... Peace....!
|
Entrance Desa Cattle Sabah |
|
Subhanallah.. tempat mesti lawat di Sabah |
|
Aku memang tak dekat lah dengan lembu2 nie... segannn... hehehheee.. |
Banyak sangat gambar yang di snap di sini... Pemandangannya lebih cantik dirakam dengan lensa mata.. speechless ambo... hehehheeee... Dah letih berposing maut kat sini, kami teruskan perjalanan menurun bukit dengan Cik MyVi sewaan untuk ke Kundasang War Memorial. Kundasang War Memorial nie dekat jer dengan hotel yang kami tido.. Di sini banyak taman2 bunga jer, ader lah tugu peringatan di situ dan kolam hiasan.... Mereka buat sempena memperingati tawanan perang Australia dan British yang terkorban di Sandakan semasa perang dulu.. Semua tahanan dipaksa oleh tentera Jepun berkawad dari Sandakan dengan jarak 250 kilometer untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman Ranau (Kawad Maut Sandakan). Jauhkannn.... Kejam sungguh tentera Jepun masa tu...
|
Entrance Fee RM 2 klu tak silap... |
|
Australian Garden.. Kat blakang tu tugu peringatan nyer.. |
|
Maklumat tentang sejarah Kawad Maut Sandakan... |
Selepas membeli beberapa keping poskad di sini, kami mula bergerak untuk ke tempat seterusnya... Untuk pengetahuan anda, di sini terdapat beberapa CCTV, oleh itu jgn lah gatal2 tangan memetik bunga dan memijak rumput dalam kawasan taman yer.. Nanti kena denda
ketuk ketampi 100 kali... hehehheee.. Destinasi kami seterusnya adalah Kinabalu Park yang bertempat di kaki Gunung Kinabalu... So, kena drive turun bukit yang berpusing2 tu.. skali lg ia mencabar bg supir yang gayat mcm aku nie... Ngilu rasa bila tgk gaung di kanan jalan.. tp ku tahan Jebat... Setelah sampai ke Kinabalu Park, kami dikenakan bayaran RM3/ pax dan diberi sehelai peta kawasan tersebut... Di Kinabalu Park boleh drive sepanjang taman tersebut, kami tak pergi sehingga kaki bukit sebab dari bacaan peta, ia terletak agak jauh ke dalam.. so kami cuma ke tapak warisan dunia untuk berehat dan membeli cenderahati... Tak ada apa yang menarik sangat di Tapak warisan dunia nie.. cuma ada Dewan Kinabalu dan Galeri yang tak boleh masuk sebab masih dalam penyelenggaraan.. Klu nak rasa keindahan dan menghayati alam semulajadi boleh join pelawat2 lain untuk buat jungle treking dan kebanyakkan mereka adalah foreigner...
Jam di dashboard kereta menunjukkan hampir jam 1200.. Kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu yang terletak 85 km dan memakan masa lebih kurang 2jam 30minit memandu.. sebelum sampai di bandar Kota Kinabalu, kami sempat menyinggah ke 1Borneo Hypermall.. bukan nak bershopping yer tp nak cari makan... 1Borneo Hypermall nie memang besar, banyak sangat wings.. nasib baik aku parking di hadapan mall jer, so x perlu risau terlupa tempat parking... Kami memilih untuk lunch di Kenny Rogers... yummy... Bila perut dah kenyang tiba masa untuk mencuci mata.. Kami cuma window shopping jer di sini, barang2 sama jer dengan mall di Kuala Lumpur.. 1Borneo Hypermarket nie berdekatan dengan Universiti Malaysia Sabah ia menjadi kunjungan utama pelajar ketika hujung minggu... Tiba di bandar Kota Kinabalu, aku cuba mencari hotel yang telah kami survey di internet sebelum nie.. yang menariknya kadar sewanya RM100 per nite untuk semua jenis bilik.. harga promosi katanya sebab itu hotel baru... Masa di The Cottage Hotel Kundasang, kakak ku dah call dan booked room triple untuk kami stay malam seterusnya.. ermmmm... Di kawasan ini, block parking agak terhad kerana kawasannya kecil di sebalik shopping mall dan shoplots.. Hotel kami berhadapan dengan Starbucks.. Setelah 3 kali bertawaf di sekitar baru kami dapat pakir kereta berhadapan dengan hotel... Bayaran di kenakan tetapi aku dah tak ingat brape regenya...
Kami check in jam 1500, selepas bersihkan diri kami berehat dan Zzzzzzzzzzzzzz..... Sedar2 hampir jam 1800.. kami bercadang untuk jalan kaki keluar makan malam, berjalan-jalan di Pasar Filipino dan pasar malam berhampiran hotel kami. Barang cenderahati di pasar malam lebih murah berbanding pasar Filipino tu.. Kami borong kerongsang, FM, keychain, beberapa utas gelang dan butang baju melayu...Semua hasil makanan kering seperti ikan bilis, udang kering ikan masin dan sebagainya akan ku beli esok sebelum berangkat ke airport...Semasa kami sedang shopping di pasar malam, aku mula rasa x sedap badan, rasa nak demam.. Aku minta permission dari kakak dan Jenny untuk pulang ke hotel berehat.. Kakak dan Jenny teruskan bershopping dan membeli makanan untuk aku yang dah kembali ke hotel...
Malam tu lepas aku dinner nasi bungkus dan telan paracetamol, aku terus pengsan sampai pagi.. Kakak dan Jenny pula sibuk mengemas barang2 yang mereka borong sebab esok hari terakhir kami di bumi Sabah.. Esok ape aktiviti kami??? tungguuuu......
No comments:
Post a Comment