Sukarnya mengapai cintamu
Seperti menunggu hujan di musim kemarau yang panjang....
Nukilan: Naniey Tj
Pub: SR Publication
Harga: RM 26.90
Pages: 667 pgs
Novel Setitis Kasih Darmia mengisahkan perjalanan hidup Darmia, seorang gadis kampung yang dibesarkan hanya dengan kasih sayang seorang ibu. Belum puas dia bermanja, ibunya terlebih dahulu dijemput Ilahi. Darmia hampir menjadi mangsa kerakusan pakciknya sendiri lalu terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak rela... Setelah lafaz ijab kabul pada malam itu, bermulalah kehidupannya sebagai perempuan yang sering di keji, dihina dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya. Lelaki yang bergelar suami pula pergi meninggalkan Darmia kerana berasa maruahnya tercalar. Mujurlah masih ada Opah dan sepupunya Haliza yang sudi menjaga dan mengambil berat. Kasih Haliza buat Darmia melebihi kasih sayangnya untuk adik kandungnya sendiri, Anis Alisa.
Peluang belajar sambil bekerja yang ditawarkan oleh Haliza disambut Darmia dengan rasa gembira. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tak pernah padam. Rahsia yang tersimpan tidak boleh dibongkarkan.
Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak disakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi. Semakin Darmia jauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang akan terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Hasliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak Tsunami yang meranapkan bumi Aceh.
Kerana dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir nekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus dinanti.
Komen Peribadi:
Penceritaan yang menarik, permulaan cerita seperti di dalam drama bersiri Cinderella yang dibintangi oleh Ahmad Idham dan Haliza Misbun.. Trend dalam novel gandingan orang kaya dan orang miskin, benci akhirnya sayang, hero dan heroin menjadi rebutan.. tu semua rencah asas dalam penulisan novel sekarang.. Heroin mesti dikutuk, dicaci.... dipukul, di benci... dan macam2 'di' lagilah... Jika anda peminat novel anda akan tahu apa pengakhiran cerita ini...
P/s: Susah betul nak dapat novel sad ending.... 6 out of 10
No comments:
Post a Comment