Saturday, 13 October 2012

Ho Chi Minh City: Day 3 (Last day)

Tarikh: 09 OCT 2012

Pagi hari terakhir di bumi Ho Chi Minh aku dan Acik bersarapan di hotel, kemudian aktiviti bebas sebelum berangkat ke airport. Perut dah kenyang, kami mula bermalas-malas menapak ke Pasar Ben Tanh untuk membeli beberapa cenderahati lagi... semalam aku dah rembat 4 pasang kain cotton Vietnam, sepasang sutera Vietnam, sebiji cow leather handbag dan 3 helai telekung. Semuanya untuk mama tersayang.... Hari nie aku nak beli untuk ayah pula... berjalan2 di dalam Pasar Ben Tanh di pagi hari sangat memualkan. Kenapa lah mereka buat foodcourt kat dalam pasar tu, bau2 makanan semua x menyenangkan, macam nak muntah jer... Pork panggang di jual sana sini... nak buat macamana, tempat mereka kan... 

Jam menunjukkan pukul 11 pagi, kami pulang ke hotel untuk kemas barang dan bersiap2 untuk check-out pada jam 1200. Setelah semua berkumpul di lobi, kami menunggu coaster untuk drop-off ke airport... sambil-sambil itu kami bergambar dengan staf hotel dan tourist guide kami... rasa sedih plak sebab mereka sangat2 baik dan membantu sepanjang kami berada di sini. Sepanjang perjalanan ke airport sekali lagi kami menghayati pemandangan di jalan raya Ho Chi Minh yang penuh sesak... 

Pada pendapat aku, bershopping di sini agak menarik... tetapi sangat letih dan jemu kerana setiap kali ingin membeli kita perlu tawar-menawar .. ia memakan masa yang agak lama di satu2 kedai dan kadang kala sehingga mencetuskan pergaduhan... Ada juga sesetengah penjual yang gemar menarik2 tangan dan baju, x kurang juga yang memukul jika kita tidak singgah ke kedai mereka. Pada mulanya aku memang terkejut, tapi alah bisa tegal biasa.. ceh wahhh.. macam lah aku duduk sebulan... !!!

Kami take off pada jam 1620 waktu tempatan... Selamat tinggal  bumi Komunis.. Kenangan manis di sini akan ku semat kejap di dalam ingatan... 

Airport di Ho Chi Minh, service mcm di KLIA... Airport yang lengang dan selesa..


No comments:

Post a Comment