Saturday, 27 October 2012

Novel: Duka Bersulam Rindu



Apabila kata hati tidak mampu diluah...
Apabila bibir juga bisu untuk berbicara...
Apabila airmata mula menjadi peneman setia...
Akan adakah sinar bahagia walaupun seribu bintang bertaburan di angkasa?



Nukilan: Ameera Ameer
Pub: SR Publication
Harga: RM 22.90
Pages: 509

Kahwin lari? Walaupun bukan itu yang mereka inginkan tetapi kerana halangan orang tua dan desakan hati memaksa Arissa Saffiya dan Mohd Idzhar Hakimi menyeberangi sempadan demi satu ikatan.

"Pa... tolong pa... Riss nak tinggal sini pa. Riss nak tinggal dengan suami Riss... jangan pisahkan Riss dengan Idzhar pa... tolong pa.." rayu Arissa dalam esakan.

"Suami? Ini suami yang Riss banggakan? Suami yang tidak mampu memberi apa-apa pada Riss?" soal Tan Sri Ariffin sinis.

Arissa akur, insan yang amat di cinta terpaksa ditinggalkan. Tapi mengapa? Bukankah Idzhar segala-gala dalam hidupnya?

Selama enam tahun Idzhar merindui Arissa dan selama itu dia membawa lara di hati. Airmatanya menjadi murah sangat ketika ini. Syukur Ya Allah! Syukur! Hari ini, dia dipertemukan semula dengan bidadari hatinya.

Tapi kenapa wajah Arissa beku? Sudah berubahkah dia? Mengapakah tidak bersirna sekelumit jua rasa rindu di mata itu?

Arissa pasrah pada ketentuan Ilahi. Ada sesuatu yang Idzhar tidak pernah tahu. Kehadiran Nylea yang selama ini menjadi rahsia dan punca perpisahan mereka. Biarlah hanya tuhan yang tahu, dukanya yang bersulam rindu.


Komen Peribadi:

Novel kali ini adalah nukilan pertama penulis yang bernama Ameera Ameer. Penceritaannya agak menarik, sebab selalunya hero dan heroin kena kahwin paksakan.. Tapi tidak pada 'Duka bersulam Rindu', watak utama Arissa dan Idzhar saling mencintai tetapi dihalang oleh papa Arissa sehingga membawa mereka berkahwin di sempadan. Papa Arissa menjadi marah dan memaksa Arissa untuk pulang ke pangkuan keluarga sekaligus meninggalkan suaminya dengan sehelai nota. 2 bulan selepas Arissa selamat melahirkan bayi perempuan, Arissa di hantar belajar di oversea dan kepulangan Arissa semula ke Malaysia untuk menuntut kembali hak-haknya, anak dan suami. Apakah reaksi suaminya bila mengetahui wujudnya Nylea?

Overall, novel ini tidak terlalu berat, tak sedih sangat macam novel tulisan Siti Rosmizah.. Mudah difahami, tiada typo error, susunan babak yang kemas dan seperti biasa, happy ending. 

P/s: Layan smarties sambil update blog...

No comments:

Post a Comment