Wednesday, 17 October 2012

Sabah: Persiapan (Kota Kinabalu - Kudat - Kundasang)

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu... Tinggi lagi sayang sama kamuuuu.... Cewahhhh... Percutian ke Negeri di Bawah Bayu niee memang meninggalkan kesan yang mendalam kepada aku.. sehingga aku berjanji akan ke sana lagi suatu hari nanti... Walaupun aku ke sana pada awal tahun ritu, tapi aku rasa macam baru jer balik dari Sabah.... Aku ke sana bertiga, aku, kakak iparku dan Dr. Jenny (kawan kakak). Tujuan asal untuk ke Sabah adalah melawat Along aku yang bertugas menjaga perairan di Kudat selama 3 bulan... Kira nie kes kakak ipar aku rindu kat suami tercintalah nie... aku dan Dr. Jenny temankan jer dan kebetulan Dr. Jenny pun belum pernah ke Sabah. 

Oleh kerana Dr. Jenny sangat sibuk, aku dan kakak iparku yang akan membuat persiapan untuk percutian kami dari segi tiket penerbangan, transportation, accomodation dan itinerary sepanjang di sana. Kakak aku dah booked flight tickets seminggu awal dari tarikh depart dengan harga RM215/pax... Kami di jangka bermalam di 3 tempat yang berbeza iaitu di Kudat, Kundasang dan Kota Kinabalu, oleh itu kami hanya survey hotel di sekitar kawasan tersebut tanpa booking dulu. Kami juga telah bersepakat untuk drive jer, dan akulah supirnya... hehehehhee... setelah banyak syarikat kereta sewa yang kami survey dapat juga sebuah kereta Myvi dengan harga RM100 untuk 1 hari, 3 hari RM300. Di Sabah kereta sewa agak mahal berbanding Langkawi, disebabkan kami sewa lebih 2 hari so dapatlah harga murah skit, harga sebenar RM120...Melalui google map dan blogwalking aku berjaya membuat itinerary dan tempat2 menarik yang akan kami singgah sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu - Kudat - Kundasang - Pulau Manukan. Iternary termasuk snokeling di Manukan Island. Eeeee... perasaan aku waktu tu memang tak sabar, teruja, terharu semua ade... asyik counting day jer... Nanti aku akan selitkan itinerary yang aku buat maybe boleh jadi panduan pada sesiapa yang nak holiday ke Sabah.


Ini adalah peta dan laluan percutian kami ke Sabah... Cekidaut...


Airport KK - Kudat - Kundasang - Kota Kinabalu (4D3N)






No comments:

Post a Comment