Saturday, 27 October 2012

Sabah: Day 4- Last day ( Kota Kinabalu dan Pulau Manukan)

Pagi yang indah ini... tersenyum sendiri... kenapa tersenyum????? Hati tak sabo nak g snorkeling.... yeaaaayyy.... Pagi tu kami cuma breakfast roti + sambal bilis yang dibawa dari rumah.. Flight kami depart jam 2240, so kami ada seharian lagi untuk melakukan aktiviti sebelum bertolak ke airport. Kemudian kami berkemas-kemas untuk check out, bilik semua penuh untuk kami extend sehingga malam jadi kami terpaksa lah membawa semua beg ke jeti dan tinggalkan di dalam kereta. 


Jesselton Point Jetty

Setibanya di Jesselton Point Jetty, kami ke kaunter agen untuk membeli pakej ke Tungku Abdul Rahman Park. Setelah tawar-menawar dan berbincang .. kami memilih untuk ke Pulau Manukan sahaja, kerana Pulau Manukan mempunyai coral dan hidupan laut yang paling cantik berbanding beberapa pulau sekitar. Pakej yang kami pilih berharga RM 48/ 3paxs, cukai jetti RM6/pax dan RM10/set untuk snorkeling equipment.. kami sewa 2 set jer.. 


Dah nampak jetti Pulau Manukan


Kebetulan bot yang akan kami naiki dah nak bertolak, so tak perlu tunggu lama.. Kami naik bot laju, lebih kurang 10 orang di dalam bot.. Ketika itu musim laut bergelora dan ombak agak tinggi.. kami dinasihatkan oleh pemandu bot supaya snorkeling tidak melepasi jeti di pulau tersebut. Kami janji dengan pemandu bot akan pulang jam 1400. Setibanya di jeti Pulau Manukan jam 9.30 pagi, kami dikehendaki membayar 'conservation fee' Malaysian RM3, non- Malaysian RM10.

Jeti di Pulau Manukan


Kemudian kami cari port yang menarik, di tepi jeti jer, x berani nak jauh dari pandangan orang ramai, almaklumlah tak reti berenang.. hehheheeee... Airnya memang dalam dan jernih, nampak lah clown fish berenang2 di tepi2 badan.. Kakak ipar aku dah menjerit2 geli.. Ombak agak kuat, Jenny sampai terhantuk kepala dia di tiang jeti.. hehehheee.. klako plak bila di ingat semula... Ada juga pengunjung yang turun ke laut dengan roti dan snek untuk dijadikan makanan ikan.. Pastu ikan semua berkerumun kat dia.. eeee.. geli geleman aku tengok...

Port kami snorkeling..

Jernihkan..

Nyiur di pantai menari...


Antara aktiviti di pulau selain dari snorkeling dan scuba..


Kami surrender awal pagi tu.. jam 1100 kami dah naik ke pantai.. letihlah snorkeling macam nie.. ombak kuat.. tak aman kami bersnokeling, sakit2 badan dipukul ombak... lagi pun matahari dah tegak atas kepala, seb baik dah pakai sunblock.. Kami tak tukar baju pun, biar kering sendiri, nanti dalam bot kena percikkan air juga... Kami menuju ke jeti untuk menunggu driver bot kami tadi.. sambil2 tu, aku taburkan serdak bahulu ke dalam laut... ikan-ikan kecil berebut2 sesama mereka.. Pat2 nyer lah... Bot datang hampir jam 1200, kemudian kami di bawa ke Pulau Sapi untuk hantar beberapa orang pelancong ke situ dan kemudian terus pulang ke Jesselton Point. Setibanya di jeti kami terus ke Restoran Nasi Padang di jeti tu.. lunch time... Makanan di sini mahal.. cekik darah tul...!


Hotel yang kami stay di KK.. KK Waterfront Hotel

Sebelum check in hotel semula, kami ke Pasar Filipino untuk membeli ikan bilis, udang kering dan sotong kering... Makanan2 kering di pasar tu dari Papar, daerah bersebelahan dengan Kota Kinabalu... Aku teringin juga nak ke Papar, tapi kesuntukan masa, so aku pendamkan ajer rasa hati tu.... Setelah semua barang dalam senarai dah beli, kami ke hotel tadi semula.. Nasib kami baik sebab ader bilik yang kosong untuk kami berehat sehingga jam 2100 nanti..Bayaran untuk 1 malam juga.. Dapat jer kunci bilik, terus kami masuk bersihkan diri, kemas barang dan Zzzzzzzzzzzz.... Jam 2115 kami bertolak ke airport dan pulangkan kereta kepada owner nya. Lepas check-in bagagge, kami makan malam di KFC airport.. itu jer yang masih beroperasi dah lewat malam kan... Flight delay 30 minit dari jadual asal, dalam flight kami tido dan sedar-sedar dah landing di LCCT.. Mama.. Ayah... i'm back!... hehehhehe... macam lah g lama sangat.. tapi seriously, aku lapar dengan masakan sendiri.. asyik telan fast food jer kan... hahahhahaaa.... 

Tamat sudah pengembaraan kami di Sabah.. dan sejak dari hari tu aku tahu yang di Sabah ader seorang penyanyi yang berbakat, Jimmy Palikat.. Lagu dia yang agak popular sekarang 'Anak Kampung'.. Di Sabah juga jarang dapat lihat masjid dan surau.. yang aku perasan ada sebuah masjid besar di Kota Belud. Kalau dalam kampung2 aku tak tau lah, tak masuk sampai kampung mereka.. Church memang banyak lah, setiap kampung ader sebuah kot, tp kecil2... yer lah kan, di Sabah kan majoriti penduduknya beragama Kristian sebab tu sukar nak dapat restoran halal.. kena google betul2 dan nak mencari satu hal lagi.. baik makan fast food atau masak sendiri.. Kalau stay di apartment boleh masak.. Sebelum aku terlupa, Sabah terkenal dengan pasar Tamu nya, setiap daerah ader pasar Tamu masing2 yang banyak menjual hasil dari kampung itu sendiri, tapi kami tak sempat pegi tak perlah, maybe next time kan..  Ader sape2 yang pernah ke Sabah? Atau Sabahan...Mana lagi tempat menarik di kawasan yang aku pegi nie, klu ader yang tertinggal selain Ranau bagitau ekkk.. Ceciter.. ceciter...

P/s: Entry seterusnya aku bagi total expenses dan itinerary aku di sana... tungguuuu.....

No comments:

Post a Comment