Nak bercuti naik train, tapi ke mana??? Ermmm... Aku cadangkan kami ke Pulau Langkawi sebab Acik tak pernah ke sana, aku plak pernah juga la pegi masa muda2 dulu.. hehehheeee... Alhamdulillah Acik pun suka dengan lokasi pilihan aku tu.. so, aku seperti biasa mula membuat research tentang attraction places, accommodation, transportation, tempat makan-makan yang ngebest dan maklumat2 yang sewaktu dengannya. Percutian kami selama 4H3M.. sebenarnya 4Hari 5Malam... 2 malam kat dalam train.. hehehheee...
Tiket Keretapi Antarabandar: Senandung Langkawi
Setelah tarikh ditetapkan, aku mula membeli dan menempah apa2 yang patut.. Pertama sekali tentulah tiket keretapi, beli online jer.. Aku mula berkira-kira untuk pilihan seat bagi perjalanan yang memakan masa hampir 10 jam.. Keretapi tiada pilihan, Senandung Langkawi sahaja yang ada.. Laluan Senandung Langkawi bermula dari Sentral Kuala Lumpur dan berakhir di Hatyai, Thailand. Kami booked 2 tikets ADNS cabin (All Day Night Sleeper) atau Kelas dua tempat tidur untuk lower berth adult pergi dan balik (Sentral Kuala Lumpur - Arau, Perlis - Sentral Kuala Lumpur). Katil kami berhadapan antara satu sama lain. Harga tiket RM 108/ pax (return)... Bila ticket dan comfirmed, barulah senang untuk membuat itinerary dan membuat tempahan lain.. Boleh tengok contoh tiket di bawah, print sendiri yer..
Dapatkan maklumat tentang keretapi antarabandar di sini.. |
Jom kita beli tiket secara atas talian... |
Sampel tiket.. aku booked 3 minggu awal.. |
Penginapan: Rasa Eksotika Vacation Home
Rasa Eksotika Vacation Home menjadi pilihan kami untuk menginap sepanjang 3 malam di Pulau Langkawi . Ini kerana lokasinya terletak di Pantai Cenang, harga yang berpatutan dan kami boleh pakir kereta di depan bilik. Nama bilik yang kami booked ialah Chomel (Two super single bed), dengan harga RM89/nite.. Kami booked dengan separuh bayaran dan selebihnya kami jelaskan sehari sebelum berangkat.
Pengangkutan: Kereta Myvi
Kereta sewa aku dapat contact dari mudah.my.. Aku prefer kereta MyVi sebab kedudukan pemandu tegak dan pada aku selesa supaya tidak mengantuk. Harga untuk 3 hari RM 210 untuk low season, aku g sana weekdays, so xder surcharge. Owner kereta sewa tu staf imigrasen, so aku sewa nie bukan pada travel agent, tapi orang perseorangan. Aku buat pembayaran seminggu sebelum bertolak.
P/s: Semua dah settle, kami pergi cuma bawa duit utk makan, shopping dan untuk tiket masuk tempat2 menarik.. Semua aku dah listkan, nanti kami kongsi yer...
No comments:
Post a Comment