Bahan-bahan:
2 keping dada ayam
1 biji telur
1sk minyak bijan
1 cawan tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa
Bahan Sos:
1 cawan stock ayam
1 biji lemon
1sb gula
1sb tepung jagung
1sb tepung kastard
garam dan lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
Ayam crispy
- Rebus ayam untuk dapatkan stock. Kemudian ayam yang dah di rebus di potong kecil-kecil
- Satukan ayam, minyak bijan, telur, garam dan lada sulah.. gaul sebati..
- Golekkan ayam atas tepung jagung dan goreng deep fry sehingga kekuningan.
- Untuk sos pula, didihkan stock ayam tadi.. kemudian campur dengan perahan jus lemon..
- Masukkan tepung jagung dan tepung kastard yang di larutkan di dalam air terlebih dahulu untuk mengelakkan ia berketul2.
- Masukkan gula, garam dan lada sulah secukup rasa.. Kacau sehingga sos agak pekat dan boleh di hidangkan bersama ayam crispy..
- Simple jer kan... Selamat mencuba....
Ayam Lemon |
Dah siap untuk dihidang.. Jom makan...! |
No comments:
Post a Comment