Monday 5 November 2012

Resepi Kerang Goreng Berlada

Ermmm.. KERANG atau dalam bahasa saintifiknya Cardiidae sangat kaya dengan Vitamin B12, zat besi, iodin selenium, protien, sumber fosforus yang baik dan juga copper di mana masing-masing memberi kebaikan dalam badan kita. Kerang well known as makanan yang menambahkan darah merah dalam badan, sebab tu kalau kita kurang darah, doktor akan nasihatkan supaya makan hati atau kerang.. Kenapa yer?? Baca kupasannya sebentar lagi.. Pergggghhhhh... Macam pengacara Malaysia Hari ini ko.... hehehheheee... Jom kita tgk aper kelebihan nutrisi2 pada KERANG yang disenaraikan tadi....


Vitamin B12 ini adalah penting untuk fungsi normal otak dan sistem saraf serta memainkan peranan penting dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Iodin semulajadinya terdapat di dalam air laut. Ia adalah element utama hormon tiroid, ia perlu untuk memastikan kadar metabolisma berfungsi dengan baik serta mengekalkan sel-sel sihat.

Zat Besi penting dalam membuat sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia.

Selenium memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antioksidan badan manusia, mencegah kerosakan sel-sel dan tisu.

Fosforus membantu dalam membina tulang dan gigi yang kuat dan untuk melepaskan tenaga daripada makanan yang kita makan. Semua kerang-kerangan adalah sumber Fosforus. (Teringat iklan Colgate yang gunakan kulit kerang untuk demo)

Copper membantu dalam menghasilkan sel-sel darah merah dan putih serta mencetuskan pembebasan zat besi untuk membentuk hemoglobin. Ia juga penting untuk pertumbuhan bayi, perkembangan otak, sistem imun dan tulang yang kuat.

Protien adalah komponen penting kepada otot, kulit, tulang dan badan secara keseluruhan

Kerang juga merupakan makanan yang berkalori rendah. 100gram kerang hanya mengandungi 53kcal berbanding 180kcal dalam 100gram ikan Salmon. Vitamin B12 pula tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia, ia perlu diperolehi daripada sumber haiwan dalam diet. Kerang mengandungi lebih 23 kali jumlah vitamin B12 daripada daging lembu.

Source: The Nutritional Benefits of Shellfish, Association of Great Britain.

Warning!!: Kerang-kerangan tidak boleh di makan mentah kerana ia boleh menyebabkan penyakit hepatitis dan juga keracunan makanan.


Di Malaysia, kita ada pelbagai masakkan yang berasaskan kerang dan biasanya masakan yang dibuat seperti kerang rebus, sup kerang, kerang bakar, rendang kerang, sambal kerang dan sebagainya.. Terdapat juga masakan yang kerang cuma menjadi rencah sahaja seperti char kue tiow dan mee kari. Semalam, kerang menjadi salah satu side dish untuk lunch kami sekeluarga. Sebenarnya aku tak ada idea nak buat apa dengan kerang tu dan pada mulanya aku nak pilih jalan selamat, nak rebus jer.. hehehheee... Tapi hati tergerak nak cuba kerang pedas, masak dengan kulit2 sekali.. Biasanya, aku buat sambal setelah di asingkan isi dan kulit, hari nie aku tak rajin nak buat keje banyak kali, nak celur kemudian kupas..  leceh kannn... so aku buat lah resepi campak2 jer...


1kilo Kerang
*Segenggam cili padi (ikut citarasa sendiri, nak pedas atau tak)
Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
separuh ibu jari halia
2 batang serai
2 keping asam keping/gelugor
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Kerang yang dah di bersihkan kulitnya.. guna pelepah pisang... petua orang dulu2...

Nie bahan2nya... cili tu tumbuk yer... yang lain chop dan hiris..

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau...
  2. Masukkan cili padi tumbuk dan serai ....masak sehingga garing...
  3. Masukkan asam keping dan garam..
  4. Masukkan Kerang dan kacau sebati...
  5. Kemudian tutup kuali sehingga kerang masak... ala-ala stim...
  6. Dah masak boleh hidang yer.. 
*Tahap kepedasan mengikut citarasa sendiri.. aku memang penggemar makanan pedas...
*Aku masak memang tak pernah guna Pak Ajinamoto yer...
*Jika kuah terlalu banyak, keluarkan kerang dahulu supaya tak over cook.. Kemudian keringkan kuah dan campur semula. 


Taraaaa....Kerang Goreng Berlada

Selamat Mencuba kepada yang berani mencuba..... Adiossss...

No comments:

Post a Comment