Thursday, 1 November 2012

Daftar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Online

Pada pembentangan Bajet 2013 yang lepas, kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) kepada isi rumah RM500 akan diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang (termasuk balu/ janda/ duda) yang akan mendapat RM250. Semua warganegara Malaysia boleh memohon jika menepati syarat-syarat yang di tetapkan.


  • Isi rumah yang layak (RM500)

    • Warganegara Malaysia
    • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3000 dan ke bawah.
      • Berkahwin
      • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
      • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama)
    • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah
  • Individu yang layak (RM250)
    • Warganegara Malaysia
    • Bujang (termasuk balu/ janda/ duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucer Buku 1Malaysia
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
PERMOHONAN 

Online:

Click pada gambar ini untuk permohonan BR1M 2.0 atau kemaskini BR1M 1.0..

Download form:

Click pada gambar ini untuk muat turun borang BR1M 2.0

P/s: Aku tak layak... masih sekolah lagi... benci...!

No comments:

Post a Comment