Thursday 1 November 2012

Shila Amzah Asian Wave

Shila Amzah.. Satu nama kecil di Malaysia yang telah berjaya membawa dan menjulang nama negara yang tercinta ke persada dunia dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 September lalu.. Nie kira entry lapok lah kan... hehehhehe... Shila telah memukau juri dan jutaan penonton TV di China dengan persembahan yang mantap setiap kali naik ke pentas... aku pun suka, meremang juga bulu roma dengar dia nyanyi.... huhuhuuu... Shila merupakan antara 5 peserta terbaik ke peringkat akhir dan akhirnya memenangi pertandingan tersebut. Dia juga mendapat dana lebih RM1juta untuk projek rakaman album, konsert, promosi dan program-program di China nanti. Jadi artis China la demo yer... pasni kena belajar bahasa Mandarin, senang nak berinteraksi dengan peminatnya di sana.

Sepanjang pertandingan, Shila membawa 4 buah lagu iaitu Set Fire to the Rain (Adele), Forever Love (Wang Lee Hom), Gemilang (Jac), Grenade (Bruno Mars) dan Zheng Fu (Na Ying).. Ke semua lagu di nyanyikan dengan baik sekali termasuk lagu Bahasa Mandarin. Semua juri kagum dan agak terkejut dengan bakat yang ditunjukkan oleh anak kepada N.D Lala ini. Siap ada juri yang ternganga mulutnya.. X caya?.. Jom kita layan vclip nie...

Original Version: Set Fire to The Rain by Adele


Original Version: Forever Love by LeeHom Wang


Original Version: Gemilang by Jac


Original Version: Grenade by Bruno Mars


Original Version: Zheng Fu by Na Ying



5 songs version Shila Amzah:




Lagu Zheng Fu nyanyian Shila menikam kalbu.. hehehheee... 

No comments:

Post a Comment