Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Friday, 9 November 2012

Resepi Ayam Lemon

Testing.. testing.. 123.... ehemmm... Tadi aku try buat 1 resepi yang aku tak pernah makan dan tak pernah cuba masak... Buat main2 jer.. untuk side dish lunch tadi... resepi nie aku cilok dari thumbelina, tapi ikut sukatan aku sendiri.


Bahan-bahan:

2 keping dada ayam
1 biji telur
1sk minyak bijan
1 cawan tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan Sos:

1 cawan stock ayam
1 biji lemon
1sb gula
1sb tepung jagung
1sb tepung kastard
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara:

Ayam crispy

  1. Rebus ayam untuk dapatkan stock. Kemudian ayam yang dah di rebus di potong kecil-kecil
  2. Satukan ayam, minyak bijan, telur, garam dan lada sulah.. gaul sebati.. 
  3. Golekkan ayam atas tepung jagung dan goreng deep fry sehingga kekuningan.
  4. Untuk sos pula, didihkan stock ayam tadi.. kemudian campur dengan perahan jus lemon..
  5. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard yang di larutkan di dalam air terlebih dahulu untuk mengelakkan ia berketul2. 
  6. Masukkan gula, garam dan lada sulah secukup rasa.. Kacau sehingga sos agak pekat dan boleh di hidangkan bersama ayam crispy..
  7. Simple jer kan... Selamat mencuba....


Ayam Lemon


Dah siap untuk dihidang.. Jom makan...!



Monday, 5 November 2012

Resepi Kerang Goreng Berlada

Ermmm.. KERANG atau dalam bahasa saintifiknya Cardiidae sangat kaya dengan Vitamin B12, zat besi, iodin selenium, protien, sumber fosforus yang baik dan juga copper di mana masing-masing memberi kebaikan dalam badan kita. Kerang well known as makanan yang menambahkan darah merah dalam badan, sebab tu kalau kita kurang darah, doktor akan nasihatkan supaya makan hati atau kerang.. Kenapa yer?? Baca kupasannya sebentar lagi.. Pergggghhhhh... Macam pengacara Malaysia Hari ini ko.... hehehheheee... Jom kita tgk aper kelebihan nutrisi2 pada KERANG yang disenaraikan tadi....


Vitamin B12 ini adalah penting untuk fungsi normal otak dan sistem saraf serta memainkan peranan penting dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Iodin semulajadinya terdapat di dalam air laut. Ia adalah element utama hormon tiroid, ia perlu untuk memastikan kadar metabolisma berfungsi dengan baik serta mengekalkan sel-sel sihat.

Zat Besi penting dalam membuat sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia.

Selenium memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antioksidan badan manusia, mencegah kerosakan sel-sel dan tisu.

Fosforus membantu dalam membina tulang dan gigi yang kuat dan untuk melepaskan tenaga daripada makanan yang kita makan. Semua kerang-kerangan adalah sumber Fosforus. (Teringat iklan Colgate yang gunakan kulit kerang untuk demo)

Copper membantu dalam menghasilkan sel-sel darah merah dan putih serta mencetuskan pembebasan zat besi untuk membentuk hemoglobin. Ia juga penting untuk pertumbuhan bayi, perkembangan otak, sistem imun dan tulang yang kuat.

Protien adalah komponen penting kepada otot, kulit, tulang dan badan secara keseluruhan

Kerang juga merupakan makanan yang berkalori rendah. 100gram kerang hanya mengandungi 53kcal berbanding 180kcal dalam 100gram ikan Salmon. Vitamin B12 pula tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia, ia perlu diperolehi daripada sumber haiwan dalam diet. Kerang mengandungi lebih 23 kali jumlah vitamin B12 daripada daging lembu.

Source: The Nutritional Benefits of Shellfish, Association of Great Britain.

Warning!!: Kerang-kerangan tidak boleh di makan mentah kerana ia boleh menyebabkan penyakit hepatitis dan juga keracunan makanan.


Di Malaysia, kita ada pelbagai masakkan yang berasaskan kerang dan biasanya masakan yang dibuat seperti kerang rebus, sup kerang, kerang bakar, rendang kerang, sambal kerang dan sebagainya.. Terdapat juga masakan yang kerang cuma menjadi rencah sahaja seperti char kue tiow dan mee kari. Semalam, kerang menjadi salah satu side dish untuk lunch kami sekeluarga. Sebenarnya aku tak ada idea nak buat apa dengan kerang tu dan pada mulanya aku nak pilih jalan selamat, nak rebus jer.. hehehheee... Tapi hati tergerak nak cuba kerang pedas, masak dengan kulit2 sekali.. Biasanya, aku buat sambal setelah di asingkan isi dan kulit, hari nie aku tak rajin nak buat keje banyak kali, nak celur kemudian kupas..  leceh kannn... so aku buat lah resepi campak2 jer...


1kilo Kerang
*Segenggam cili padi (ikut citarasa sendiri, nak pedas atau tak)
Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
separuh ibu jari halia
2 batang serai
2 keping asam keping/gelugor
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Kerang yang dah di bersihkan kulitnya.. guna pelepah pisang... petua orang dulu2...

Nie bahan2nya... cili tu tumbuk yer... yang lain chop dan hiris..

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau...
  2. Masukkan cili padi tumbuk dan serai ....masak sehingga garing...
  3. Masukkan asam keping dan garam..
  4. Masukkan Kerang dan kacau sebati...
  5. Kemudian tutup kuali sehingga kerang masak... ala-ala stim...
  6. Dah masak boleh hidang yer.. 
*Tahap kepedasan mengikut citarasa sendiri.. aku memang penggemar makanan pedas...
*Aku masak memang tak pernah guna Pak Ajinamoto yer...
*Jika kuah terlalu banyak, keluarkan kerang dahulu supaya tak over cook.. Kemudian keringkan kuah dan campur semula. 


Taraaaa....Kerang Goreng Berlada

Selamat Mencuba kepada yang berani mencuba..... Adiossss...

Saturday, 3 November 2012

Resepi Kek Oren

Ermmm... Kek Marble yang aku buat ritu, habis 1 hari jer... aku dapat makan sikit jer, xpuas sey... tadi aku buat lagi sebiji kek tapi kali nie aku buat kek Oren.. Rasa lebih kurang kek Marble, tapi rasa Oren lah kan.. hehehehheeee... Kek nie, sukatan aku main hentam jer, seb baik jadi.. aku drop resepi kat bawah nie yer... 


Bahan-bahan:

250 gram butter
200 gram caster sugar
5 eggs
240 gram self raising flour
1 tsp vanilla essence
2 tbsp sweetened creamer
2 orange Sunkist
Color: Orange and vanilla

Cara- cara:


  1. Panaskan oven 180C, griskan loyang pembakar atau letakkan parchment paper.
  2. Pukul butter dan gula sampai kembang
  3. Masukkan telur satu persatu.. Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung- vanilla essence- sweetened creamer - orange juice (masukkan selang-seli)
  5. Bahagikan adunan kepada 2 dan warnakan ikut citarasa masing2.
  6. Satukan adunan di dalam loyang pembakar.
  7. Bakar selama 1jam.. setelah masak, sejukkan di atas redai dan boleh dihidangkan..

hantam saja lah labu...


Huhuhuhuuu... tak nampak belang dia... but its okay, just nice.. (puji sendiri nampak)

Tak sempat sejuk dah habis separuh... dasyat!!!... Selamat mencuba kepada yang berani mencuba... adiosss



Wednesday, 31 October 2012

Resepi Kek Marble

Pagi tadi aku berbual-bual dengan mama... Topiknyer hi-tea... Nak minum aper yer untuk Hi-Tea nanti, leh makan2 n minum2 sambil tengok TV... huhuhuhuuuu.. tengok Amazing Race ko...pikir punya pikir... Ting!!!!! Idea mama dah sampai.... Mama rasa nak makan kek Marble... ermmm... Kalau dah jenis kek2 nie, aku lah tu yang kena buat, walaupun tak pandai sangat, tapi boleh lah setakat family nak makan... Jom selongkar dapur, bahan aper yang ader... 


Bahan-bahan:

250gram butter
210gram caster sugar
5 eggs
240gram self rising flour
100ml fresh milk
1tsp vanilla extract/ essence
Pewarna: Pink, baby blue n apple green (Ikut citarasa sendiri)

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 180C, griskan loyang atau letakkan parchment paper.
  2. Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang.
  3. Sambil tu masukkan telur satu per satu.
  4. Kemudian masukkan susu segar +  vanilla + tepung (masukan selang-seli)
  5. Bahagi 3 adunan dan warnakan ikut citarasa masing-masing
  6. Satukan semua adunan berwarna dan corakkan ikut kreativiti masing-masing. (aku putarkan adunan menggunakan chopstick)
  7. Bakar selama 40-50 minit.. or until tooth pick inserted in the center just come out clean. Aku guna chopstick jer, panjang skit, takut kena oven panas....heheheee..
3 colors...
putaq kan dia..

Taraaaaaa.... ready to serve.... 


Aku tengah ber- hi-tea ngan family nie.. jom mamammmm.... selamat mencuba...