Tuesday, 15 January 2013

Sinopsis Novel: Sehangat Asmara



Bibir tidak perlu berkata.. 
Bila hati sudah mula bersuara...

Nukilan : Aisya Sofea
Pub : Alaf 21
Harga: 19.90 (sekarang mesti dah naik harga)
Pages : 548


Bila terlihat preview drama bersiri Sehangat Asmara yang bakal menggantikan drama bersiri Adam dan Hawa di Saluran Mustika HD, aku pandang mama di sebelah... "Mama dah agak dah.. mesti novel ni akan diadaptasi jadi drama" ujar mama.. ewah! ewah! mama aku nie.. ader kuasa meramal masa depan ker..? Mama excited sebab mama dah baca novel nie 2 kali pada 10 tahun yang lalu (aku beli novel nie tahun 2003).. Huh! kuat betul ingatan mama aku kan.. aku pun dah lupa sinopsis novel nie.. 

Tak lama pastu, aku menuju ke rak novel di bilik adik aku, yang menempatkan lebih 200 buah novel... Adik aku novel collector, aku tukang baca jer.. hehehheeee, kiranya saling memerlukan lah yer.. Mencari nama penulis Aisya Sofea dan menarik keluar novel bertajuk Sehangat Asmara yang sudah agak usang, 10 tahun kan usia novel tu.. hehehheeee.... kulit buku pun dah kuning2 macam pic kat atas tu... dan bermula la pengembaraan menyelami novel ni semula...

Sinopsis

Kamilia Najwa (Kay) & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagian mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu sehingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan airmata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Zainal ternampak gambar Kamilia dan Misya di dalam sebuah majalah dan tidak menyangka mempunyai seorang anak perempuan. 

Pada mulanya Kamilia tidak membenarkan Zainal untuk berjumpa Misya. Apabila Zainal mahu membawa kes ini ke mahkamah, Kamilia berlembut dan Misya menjadi semakin rapat dengan papanya. Hubungan Kamilia dan Zainal semakin baik walaupun masih ada dendam kerana ditinggalkan tanpa berita. 

Rahsia terbongkar apabila Kamilia bertengkar dengan adik Zainal kerana Kamilia masih menuduh Zainal sebagai lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan mereka selama ini. Rupanya Zainal terpaksa meninggalkan Kamilia dan pulang ke Malaysia setelah diugut oleh bapa Kamilia yang kaya dan berpengaruh. Akhirnya bapa Kamilia insaf dan cuba membaiki keadaan dengan membantu memulihkan hubungan anak dan menantunya......Happy Ending...

No comments:

Post a Comment