Wednesday 31 October 2012

Resepi Kek Marble

Pagi tadi aku berbual-bual dengan mama... Topiknyer hi-tea... Nak minum aper yer untuk Hi-Tea nanti, leh makan2 n minum2 sambil tengok TV... huhuhuhuuuu.. tengok Amazing Race ko...pikir punya pikir... Ting!!!!! Idea mama dah sampai.... Mama rasa nak makan kek Marble... ermmm... Kalau dah jenis kek2 nie, aku lah tu yang kena buat, walaupun tak pandai sangat, tapi boleh lah setakat family nak makan... Jom selongkar dapur, bahan aper yang ader... 


Bahan-bahan:

250gram butter
210gram caster sugar
5 eggs
240gram self rising flour
100ml fresh milk
1tsp vanilla extract/ essence
Pewarna: Pink, baby blue n apple green (Ikut citarasa sendiri)

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 180C, griskan loyang atau letakkan parchment paper.
  2. Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang.
  3. Sambil tu masukkan telur satu per satu.
  4. Kemudian masukkan susu segar +  vanilla + tepung (masukan selang-seli)
  5. Bahagi 3 adunan dan warnakan ikut citarasa masing-masing
  6. Satukan semua adunan berwarna dan corakkan ikut kreativiti masing-masing. (aku putarkan adunan menggunakan chopstick)
  7. Bakar selama 40-50 minit.. or until tooth pick inserted in the center just come out clean. Aku guna chopstick jer, panjang skit, takut kena oven panas....heheheee..
3 colors...
putaq kan dia..

Taraaaaaa.... ready to serve.... 


Aku tengah ber- hi-tea ngan family nie.. jom mamammmm.... selamat mencuba...

Monday 29 October 2012

Adam dan Hawa Episod 37 - 40



Drama ADAM & HAWA karya penulis Aisya Sofea bakal ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 9 mlm setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134). Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon terhangat Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nissa sebagai Ain Hawani. 

Antara pelakon2 lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid. Selamat menonton...

Adam dan Hawa episod 37

Adam dan Hawa episod 38

Adam dan Hawa episod 39

Adam dan Hawa episod 40

Credit: Oryctolagus, ddmf, kepalabergetar.

Bersambung...

Saturday 27 October 2012

Sabah: Expenses

Kos percutian ke Sabah 4Hari 3Malam (3 paxs):


  • Flight tickets return (AirAsia) - RM 675 (termasuk seat dan luggage)
  • Kereta Sewa Myvi - RM 300/ 3days (tiada charge tambahan walaupun lebih masa hampir 12 jam)
  • Penginapan 
    • Kudat Golf & Marina Resort = RM 140/nite (Gov rate)
    • Kundasang- The Cottage Hotel = RM 160/nite
    • KK Waterfront Hotel = RM 200/ 2nites
  • Total Fuel + Parking - RM 150
  • Makan 4 hari - RM 200/ 3paxs
  • Entrance Fees
    • Maranjak Longhouse - RM 9/ 3paxs
    • Rumah Terbalik - RM30/ 3paxs
    • Kundasang War Memorial - RM 6/ 3paxs
    • Kinabalu Park - RM 9/ 3paxs
    • Pulau Manukan - RM 95/ 3paxs (termasuk boat fare, tax, conservation fee, snorkeling equipment)
Total = RM 1974 (Kos untuk 3 orang tak termasuk perbelanjaan bershopping)

Itinerary Sabah Tour 4D3N (KK - Kudat - Kunsang - Pulau Manukan)

Day 1 (Friday)

0800   Depart from LCCT (KUL)
1030   Arrive to Terminal 2 Kota Kinabalu (BKI)
           Meet owner car rental
           Journey to Kudat (our pits stop)

    • Lunch at Kota Belud
    • Gerai Jagung Kota Marudu
    • Gombizau Honey Bee Farm, Kudat
    • Maranjak Longhouse, Kudat
    • Bakbak Beach, Kudat
1800   Check-in Kudat Golf & Marina Resort
2100   Dinner

Day 2 (Saturday)

0800   Breakfast at hotel & check-out
0900   Pasar Ikan Kudat
           BBQ at Tanjung Simpang Mengayau
1200   Journey to Kundasang (Pits stop)
    • Gerai kekacang Kota Marudu
    • Lunch at Kota Belud (take away for dinner)
    • Rumah Terbalik, Tamparuli
1900   Check-in at The Cottage Hotel

Day 3 (Sunday)

0800   Breakfast at hotel + check-out
0900   Journey to Kota Kinabalu (Pits stop)
    • Desa Cattle Sabah
    • Kundasang War Memorial
    • Kinabalu Park
    • 1Borneo Hypermall (Lunch)
1500   Check-in at KK Waterfront Hotel
1900   Walk to Filipino Market & Nite Market + Dinner

Day 4 (Monday)

0800   Breakfast + check-out
0900   Jesselton Point Jetty
0930   Manukan Island - Snorkeling activity
1300   Lunch at jetty and continue shopping at Filipino Market
1400   Check-in KK Waterfront Hotel
2100   Airport drop-off  + dinner
2240   Fly home

Sabah: Day 4- Last day ( Kota Kinabalu dan Pulau Manukan)

Pagi yang indah ini... tersenyum sendiri... kenapa tersenyum????? Hati tak sabo nak g snorkeling.... yeaaaayyy.... Pagi tu kami cuma breakfast roti + sambal bilis yang dibawa dari rumah.. Flight kami depart jam 2240, so kami ada seharian lagi untuk melakukan aktiviti sebelum bertolak ke airport. Kemudian kami berkemas-kemas untuk check out, bilik semua penuh untuk kami extend sehingga malam jadi kami terpaksa lah membawa semua beg ke jeti dan tinggalkan di dalam kereta. 


Jesselton Point Jetty

Setibanya di Jesselton Point Jetty, kami ke kaunter agen untuk membeli pakej ke Tungku Abdul Rahman Park. Setelah tawar-menawar dan berbincang .. kami memilih untuk ke Pulau Manukan sahaja, kerana Pulau Manukan mempunyai coral dan hidupan laut yang paling cantik berbanding beberapa pulau sekitar. Pakej yang kami pilih berharga RM 48/ 3paxs, cukai jetti RM6/pax dan RM10/set untuk snorkeling equipment.. kami sewa 2 set jer.. 


Dah nampak jetti Pulau Manukan


Kebetulan bot yang akan kami naiki dah nak bertolak, so tak perlu tunggu lama.. Kami naik bot laju, lebih kurang 10 orang di dalam bot.. Ketika itu musim laut bergelora dan ombak agak tinggi.. kami dinasihatkan oleh pemandu bot supaya snorkeling tidak melepasi jeti di pulau tersebut. Kami janji dengan pemandu bot akan pulang jam 1400. Setibanya di jeti Pulau Manukan jam 9.30 pagi, kami dikehendaki membayar 'conservation fee' Malaysian RM3, non- Malaysian RM10.

Jeti di Pulau Manukan


Kemudian kami cari port yang menarik, di tepi jeti jer, x berani nak jauh dari pandangan orang ramai, almaklumlah tak reti berenang.. hehheheeee... Airnya memang dalam dan jernih, nampak lah clown fish berenang2 di tepi2 badan.. Kakak ipar aku dah menjerit2 geli.. Ombak agak kuat, Jenny sampai terhantuk kepala dia di tiang jeti.. hehehheee.. klako plak bila di ingat semula... Ada juga pengunjung yang turun ke laut dengan roti dan snek untuk dijadikan makanan ikan.. Pastu ikan semua berkerumun kat dia.. eeee.. geli geleman aku tengok...

Port kami snorkeling..

Jernihkan..

Nyiur di pantai menari...


Antara aktiviti di pulau selain dari snorkeling dan scuba..


Kami surrender awal pagi tu.. jam 1100 kami dah naik ke pantai.. letihlah snorkeling macam nie.. ombak kuat.. tak aman kami bersnokeling, sakit2 badan dipukul ombak... lagi pun matahari dah tegak atas kepala, seb baik dah pakai sunblock.. Kami tak tukar baju pun, biar kering sendiri, nanti dalam bot kena percikkan air juga... Kami menuju ke jeti untuk menunggu driver bot kami tadi.. sambil2 tu, aku taburkan serdak bahulu ke dalam laut... ikan-ikan kecil berebut2 sesama mereka.. Pat2 nyer lah... Bot datang hampir jam 1200, kemudian kami di bawa ke Pulau Sapi untuk hantar beberapa orang pelancong ke situ dan kemudian terus pulang ke Jesselton Point. Setibanya di jeti kami terus ke Restoran Nasi Padang di jeti tu.. lunch time... Makanan di sini mahal.. cekik darah tul...!


Hotel yang kami stay di KK.. KK Waterfront Hotel

Sebelum check in hotel semula, kami ke Pasar Filipino untuk membeli ikan bilis, udang kering dan sotong kering... Makanan2 kering di pasar tu dari Papar, daerah bersebelahan dengan Kota Kinabalu... Aku teringin juga nak ke Papar, tapi kesuntukan masa, so aku pendamkan ajer rasa hati tu.... Setelah semua barang dalam senarai dah beli, kami ke hotel tadi semula.. Nasib kami baik sebab ader bilik yang kosong untuk kami berehat sehingga jam 2100 nanti..Bayaran untuk 1 malam juga.. Dapat jer kunci bilik, terus kami masuk bersihkan diri, kemas barang dan Zzzzzzzzzzzz.... Jam 2115 kami bertolak ke airport dan pulangkan kereta kepada owner nya. Lepas check-in bagagge, kami makan malam di KFC airport.. itu jer yang masih beroperasi dah lewat malam kan... Flight delay 30 minit dari jadual asal, dalam flight kami tido dan sedar-sedar dah landing di LCCT.. Mama.. Ayah... i'm back!... hehehhehe... macam lah g lama sangat.. tapi seriously, aku lapar dengan masakan sendiri.. asyik telan fast food jer kan... hahahhahaaa.... 

Tamat sudah pengembaraan kami di Sabah.. dan sejak dari hari tu aku tahu yang di Sabah ader seorang penyanyi yang berbakat, Jimmy Palikat.. Lagu dia yang agak popular sekarang 'Anak Kampung'.. Di Sabah juga jarang dapat lihat masjid dan surau.. yang aku perasan ada sebuah masjid besar di Kota Belud. Kalau dalam kampung2 aku tak tau lah, tak masuk sampai kampung mereka.. Church memang banyak lah, setiap kampung ader sebuah kot, tp kecil2... yer lah kan, di Sabah kan majoriti penduduknya beragama Kristian sebab tu sukar nak dapat restoran halal.. kena google betul2 dan nak mencari satu hal lagi.. baik makan fast food atau masak sendiri.. Kalau stay di apartment boleh masak.. Sebelum aku terlupa, Sabah terkenal dengan pasar Tamu nya, setiap daerah ader pasar Tamu masing2 yang banyak menjual hasil dari kampung itu sendiri, tapi kami tak sempat pegi tak perlah, maybe next time kan..  Ader sape2 yang pernah ke Sabah? Atau Sabahan...Mana lagi tempat menarik di kawasan yang aku pegi nie, klu ader yang tertinggal selain Ranau bagitau ekkk.. Ceciter.. ceciter...

P/s: Entry seterusnya aku bagi total expenses dan itinerary aku di sana... tungguuuu.....

Novel: Duka Bersulam Rindu



Apabila kata hati tidak mampu diluah...
Apabila bibir juga bisu untuk berbicara...
Apabila airmata mula menjadi peneman setia...
Akan adakah sinar bahagia walaupun seribu bintang bertaburan di angkasa?



Nukilan: Ameera Ameer
Pub: SR Publication
Harga: RM 22.90
Pages: 509

Kahwin lari? Walaupun bukan itu yang mereka inginkan tetapi kerana halangan orang tua dan desakan hati memaksa Arissa Saffiya dan Mohd Idzhar Hakimi menyeberangi sempadan demi satu ikatan.

"Pa... tolong pa... Riss nak tinggal sini pa. Riss nak tinggal dengan suami Riss... jangan pisahkan Riss dengan Idzhar pa... tolong pa.." rayu Arissa dalam esakan.

"Suami? Ini suami yang Riss banggakan? Suami yang tidak mampu memberi apa-apa pada Riss?" soal Tan Sri Ariffin sinis.

Arissa akur, insan yang amat di cinta terpaksa ditinggalkan. Tapi mengapa? Bukankah Idzhar segala-gala dalam hidupnya?

Selama enam tahun Idzhar merindui Arissa dan selama itu dia membawa lara di hati. Airmatanya menjadi murah sangat ketika ini. Syukur Ya Allah! Syukur! Hari ini, dia dipertemukan semula dengan bidadari hatinya.

Tapi kenapa wajah Arissa beku? Sudah berubahkah dia? Mengapakah tidak bersirna sekelumit jua rasa rindu di mata itu?

Arissa pasrah pada ketentuan Ilahi. Ada sesuatu yang Idzhar tidak pernah tahu. Kehadiran Nylea yang selama ini menjadi rahsia dan punca perpisahan mereka. Biarlah hanya tuhan yang tahu, dukanya yang bersulam rindu.


Komen Peribadi:

Novel kali ini adalah nukilan pertama penulis yang bernama Ameera Ameer. Penceritaannya agak menarik, sebab selalunya hero dan heroin kena kahwin paksakan.. Tapi tidak pada 'Duka bersulam Rindu', watak utama Arissa dan Idzhar saling mencintai tetapi dihalang oleh papa Arissa sehingga membawa mereka berkahwin di sempadan. Papa Arissa menjadi marah dan memaksa Arissa untuk pulang ke pangkuan keluarga sekaligus meninggalkan suaminya dengan sehelai nota. 2 bulan selepas Arissa selamat melahirkan bayi perempuan, Arissa di hantar belajar di oversea dan kepulangan Arissa semula ke Malaysia untuk menuntut kembali hak-haknya, anak dan suami. Apakah reaksi suaminya bila mengetahui wujudnya Nylea?

Overall, novel ini tidak terlalu berat, tak sedih sangat macam novel tulisan Siti Rosmizah.. Mudah difahami, tiada typo error, susunan babak yang kemas dan seperti biasa, happy ending. 

P/s: Layan smarties sambil update blog...

Friday 26 October 2012

Sabah: Day 3 ( Kundasang - Kota Kinabalu)

Huhhhh.. Sejuk betul pagi di Kundasang.. Pagi tu rasa malas betul nak bersiram.. mane taknyer, kaki cecah lantai marmar toilet pun dah mengigil kesejukkan... hehehehheee... Tapi ku tahan Jebat.. Pas breakfast di hotel kami check out, sambil tu aku duk ngendeng2 di front desk hotel untuk dapatkan maklumat tentang tempat yang akan kami pergi kejap lagi.. Aku memang tak suka bab-bab sesat nie, buang masa.. tapi klu dah sesat juga aku redha jer... Mengikut itinerary, kami akan ke Desa Cattle, Kundasang War Memorial dan Kinabalu Park. Hensem boy di front desk siap bg poket map untuk ke tempat tu... Syukur Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan tidak sosek..


The Cottage Hotel, Kundasang

Pemandangan dari bilik...

Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dari hotel

Tempat pertama kami tuju pagi itu adalah Desa Cattle Sabah.. Di sini kami dapat lihat banyak lembu-lembu yang bertompok hitam dan putih dengan latarbelakang Gunung Kinabalu... Terasa seperti di obersea plak.. kira nie pun obersea jugak kan... merentas Laut China Selatan.. hehehheee... Di Desa Cattle terdapat kawasan untuk memerah susu lembu, memproses susu dan packing susu di dalam kotak.. Semua proses ini menggunakan teknologi moden dan kita boleh lihat secara dekat setiap proses tersebut tetapi melalui cermin lutsinar..  Produk tenusu dijual kepada visitor dan diedarkan di beberapa daerah di Sabah. Terdapat juga sudut pameran dan kedai cenderahati yang menjual pelbagai jenis barang seperti t-shirt, mug, fridge magnet, keychain dan lain-lain.. Kami menambah koleksi FM di sini, banyak design FM yang cantik2 dan yang penting ader gambar cartoon lembu yang comel... Tapi frust sungguh sebab x dapat merasa susu segar keluaran Desa Cattle kerana produk tenusu di keluarkan jam 11 pagi ke atas dan masa tu baru jam 10 pagi... Sebelum beredar pergi, kami ke padang ragut untuk bergambar dengan lembu2... hehehehheeee... Peace....!

Entrance Desa Cattle Sabah
Subhanallah.. tempat mesti lawat di Sabah


Aku memang tak dekat lah dengan lembu2 nie... segannn... hehehheee..

Banyak sangat gambar yang di snap di sini... Pemandangannya lebih cantik dirakam dengan lensa mata.. speechless ambo... hehehheeee... Dah letih berposing maut kat sini, kami teruskan perjalanan menurun bukit dengan Cik MyVi sewaan untuk ke Kundasang War Memorial. Kundasang War Memorial nie dekat jer dengan hotel yang kami tido.. Di sini banyak taman2 bunga jer, ader lah tugu peringatan di situ dan kolam hiasan.... Mereka buat sempena memperingati tawanan perang Australia dan British yang terkorban di Sandakan semasa perang dulu.. Semua tahanan dipaksa oleh tentera Jepun berkawad dari Sandakan dengan jarak 250 kilometer untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman Ranau (Kawad Maut Sandakan). Jauhkannn.... Kejam sungguh tentera Jepun masa tu...


Entrance Fee RM 2 klu tak silap...
Australian Garden.. Kat blakang tu tugu peringatan nyer..

Maklumat tentang sejarah Kawad Maut Sandakan...
Selepas membeli beberapa keping poskad di sini, kami mula bergerak untuk ke tempat seterusnya... Untuk pengetahuan anda, di sini terdapat beberapa CCTV, oleh itu jgn lah gatal2 tangan memetik bunga dan memijak rumput dalam kawasan taman yer.. Nanti kena denda ketuk ketampi 100 kali... hehehheee.. Destinasi kami seterusnya adalah Kinabalu Park yang bertempat di kaki Gunung Kinabalu... So, kena drive turun bukit yang berpusing2 tu.. skali lg ia mencabar bg supir yang gayat mcm aku nie... Ngilu rasa bila tgk gaung di kanan jalan.. tp ku tahan Jebat... Setelah sampai ke Kinabalu Park, kami dikenakan bayaran RM3/ pax dan diberi sehelai peta kawasan tersebut... Di Kinabalu Park boleh drive sepanjang taman tersebut, kami tak pergi sehingga kaki bukit sebab dari bacaan peta, ia terletak agak jauh ke dalam.. so kami cuma ke tapak warisan dunia untuk berehat dan membeli cenderahati... Tak ada apa yang menarik sangat di Tapak warisan dunia nie.. cuma ada Dewan Kinabalu dan Galeri yang tak boleh masuk sebab masih dalam penyelenggaraan.. Klu nak rasa keindahan dan menghayati alam semulajadi boleh join pelawat2 lain untuk buat jungle treking dan kebanyakkan mereka adalah foreigner...


Jam di dashboard kereta menunjukkan hampir jam 1200.. Kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu yang terletak 85 km dan memakan masa lebih kurang 2jam 30minit memandu.. sebelum sampai di bandar Kota Kinabalu, kami sempat menyinggah ke 1Borneo Hypermall.. bukan nak bershopping yer tp nak cari makan... 1Borneo Hypermall nie memang besar, banyak sangat wings.. nasib baik aku parking di hadapan mall jer, so x perlu risau terlupa tempat parking... Kami memilih untuk lunch di Kenny Rogers... yummy... Bila perut dah kenyang tiba masa untuk mencuci mata.. Kami cuma window shopping jer di sini, barang2 sama jer dengan mall di Kuala Lumpur.. 1Borneo Hypermarket nie berdekatan dengan Universiti Malaysia Sabah ia menjadi kunjungan utama pelajar ketika hujung minggu... Tiba di bandar Kota Kinabalu, aku cuba mencari hotel yang telah kami survey di internet sebelum nie.. yang menariknya kadar sewanya RM100 per nite untuk semua jenis bilik.. harga promosi katanya sebab itu hotel baru... Masa di The Cottage Hotel Kundasang, kakak ku dah call dan booked room triple untuk kami stay malam seterusnya.. ermmmm... Di kawasan ini, block parking agak terhad kerana kawasannya kecil di sebalik shopping mall dan shoplots.. Hotel kami berhadapan dengan Starbucks.. Setelah 3 kali bertawaf di sekitar baru kami dapat pakir kereta berhadapan dengan hotel... Bayaran di kenakan tetapi aku dah tak ingat brape regenya...

Kami check in jam 1500, selepas bersihkan diri kami berehat dan Zzzzzzzzzzzzzz..... Sedar2 hampir jam 1800.. kami bercadang untuk jalan kaki keluar makan malam, berjalan-jalan di Pasar Filipino dan pasar malam berhampiran hotel kami. Barang cenderahati di pasar malam lebih murah berbanding pasar Filipino tu.. Kami borong kerongsang, FM, keychain, beberapa utas gelang dan butang baju melayu...Semua hasil makanan kering seperti ikan bilis, udang kering ikan masin dan sebagainya akan ku beli esok sebelum berangkat ke airport...Semasa kami sedang shopping di pasar malam, aku mula rasa x sedap badan, rasa nak demam.. Aku minta permission dari kakak dan Jenny untuk pulang ke hotel berehat.. Kakak dan Jenny teruskan bershopping dan membeli makanan untuk aku yang dah kembali ke hotel...

Malam tu lepas aku dinner nasi bungkus dan telan paracetamol, aku terus pengsan sampai pagi.. Kakak dan Jenny pula sibuk mengemas barang2 yang mereka borong sebab esok hari terakhir kami di bumi Sabah.. Esok ape aktiviti kami??? tungguuuu......

Tuesday 23 October 2012

S.M Ballad: Missing You

Wah wah wahhhhhhh.. Bile pulak aku suka Kpop nie...huhuhuhuu... pengaruh besar adik aku lah nie.. aku dengar dia nyanyi lagu nie kat karaoke.. Lancar jer dia nyanyi, aku sampai ternganga dengar sampai habis.. Huhhhh... Jeles makkk... Klu ader yang minat.. jom layannnn...




Romanization

Geu reul it ji mot hae seo a pa ha na yo
Geu dae ga i sseul ja ri ga yeo gin a nin ga yo
Na reul wi han geo ra myeon cham eul pi ryon eob jyo
Eon jen gan ggeun na beo ril te ni

Nae sa rang i je ji ra ro o ji mot ha go
Heul lin nun mul man keum meol li ga ne yo
Na neun i jeo ya ha jyo geu dae neo mu geu ri wo
Na reul a peu ge hal ji neun mol la do i jeo yo

Ba bo ga teun na ran geol geu daen a na yo
Ga seum i jji jeo ji neun de u seum man na o jyo
Eon jen gga ji ra do nan gi da ryeo
Nae nun mul gam chu myeo
Nae go do ra o gin ha neun geon ga yo

Nae sa rang i je ja ri ro o ji mot ha go
Heul lin nun mul man keum meol li ga ne yo
Na neun i jeo ya ha jyo geu dae neo mu geu ri wo
Na reul a peu ge hal ji neun mol la do i jeo yo

I jeo ya ha neun geon ji wo ya ha neun geon
Nae gen neo mu na eo ryeo un i ri jyo

Nae sa rang i je ja ri ro o ji mot ha go
Heul lin nun mul man keum meol li ga ne yo
Na neun i jeo ya ha jyo geu dae neo mu geu ri wo
Na reul a peu ge hal ji neun mol la do i jeo yo

Nae ma eum i je ja ri ro o jil an a yo
Mi chin deu shi gye sok nun mul man na jyo

Na neun an dwae na bwa yo geu dael in neun da neun geon
Geu nyang juk go shi peo do
Geu dae ye sa rang no eul su eob seo
Na sal go it jyo

English Translation

Are you hurt not being able to forget him?
Isn’t here the place where you should be?
You don’t need to hold back for me
Because it all will end some day

My love can’t come to the place where it used to be
Just as the dropping tears, it’s going far away
I should forget you, I miss you so much
Even though I don’t know if it will hurt me, just forget it

Do you know this foolish me
Only smile though my heart is broken
I will wait for you no matter how long it takes
while hiding my tears
Will you ever come back to me?

My love can’t come to the place where it used to be
Just as the dropping tears, it’s going far away
I should forget you, I miss you so much
Even though I don’t know if it will hurt me, just forget it

That I have to forget, that I have to erase
Those things are too difficult for me

My love can’t come to the place where it used to be
Just as the dropping tears, it’s going far away
I should forget you, I miss you so much
Even though I don’t know if it will hurt me, just forget it

My heart doesn’t come to the place where it used to be
Only tears keep on dropping like crazy

I can’t do it, forgetting you
Even though I wanna just die
I still can’t let go of your love
I’m still living


Translate by Ariel

Novel: Setitis Kasih Darmia



Sukarnya mengapai cintamu 
Seperti menunggu hujan di musim kemarau yang panjang....

Nukilan: Naniey Tj
Pub: SR Publication
Harga: RM 26.90
Pages: 667 pgs

Novel Setitis Kasih Darmia mengisahkan perjalanan hidup Darmia, seorang gadis kampung yang dibesarkan hanya dengan kasih sayang seorang ibu. Belum puas dia bermanja, ibunya terlebih dahulu dijemput Ilahi. Darmia hampir menjadi mangsa kerakusan pakciknya sendiri lalu terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak rela... Setelah lafaz ijab kabul pada malam itu, bermulalah kehidupannya sebagai perempuan yang sering di keji, dihina dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya. Lelaki yang bergelar suami pula pergi meninggalkan Darmia kerana berasa maruahnya tercalar. Mujurlah masih ada Opah dan sepupunya Haliza yang sudi menjaga dan mengambil berat. Kasih Haliza buat Darmia melebihi kasih sayangnya untuk adik kandungnya sendiri, Anis Alisa.

Peluang belajar sambil bekerja yang ditawarkan oleh Haliza disambut Darmia dengan rasa gembira. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tak pernah padam. Rahsia yang tersimpan tidak boleh dibongkarkan.

Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak disakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi. Semakin Darmia jauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang akan terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Hasliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak Tsunami yang meranapkan bumi Aceh.

Kerana dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir nekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus dinanti.



Komen Peribadi:

Penceritaan yang menarik, permulaan cerita seperti di dalam drama bersiri Cinderella yang dibintangi oleh Ahmad Idham dan Haliza Misbun.. Trend dalam novel gandingan orang kaya dan orang miskin, benci akhirnya sayang, hero dan heroin menjadi rebutan.. tu semua rencah asas dalam penulisan novel sekarang.. Heroin mesti dikutuk, dicaci.... dipukul, di benci... dan macam2 'di' lagilah... Jika anda peminat novel anda akan tahu apa pengakhiran cerita ini...

P/s: Susah betul nak dapat novel sad ending.... 6 out of 10

Monday 22 October 2012

Sabah: Day 2 ( Kudat - Kundasang)

Belek2 diri di cermin... tepek2 bedak di muka.... siap!... Barang2 dah siap kemas, perut pun dah berbunyi... Kami turun ke cafe untuk melantak breakfast... pagi nie kena makan kenyang2, sebab tempat yang kami akan pergi kejap lagi memerlukan tenaga lebih skit... hehehehehe.. nak ke mana??? Jap2.. aku makan dulu.. sat lagi cita nah.... 

Pas breakfast kami snap pic kat area pool dan sekitar resort... Pemandangan di resort agak menarik.. golf course nyer x tahu berapa lubang, lupa nak tanya.. googling sendiri yer... bilik yang mengadap laut (Sea View) akan dapat lihat sunset dari bilik jer, dan dapat lihat marina yang terdapat banyak bot2 dan kapal2 berlabuh di situ. mesti air nyer dalam kan..? x nampak pun orang mandi manda.. 

Pemandangan dari Veranda Lobby..

Apa punya posing daaaa....

Selepas check-out, Along membawa kami ke Pasar Ikan Kudat... banyak hasil nelayan dijual di sini.. fresh2 tau... ada ikan, ketam, udang... dan macam2 lagi lah.. yang aku terkejut, ternampak seekor belangkas yang besar.. besar mane ekkk.. tengok jerlah pic kat bawah nie...



Belangkas giant.. bezakan dengan scoop tu.... 

Dr. Jenny jer yg x masuk pasar nie.. loya katanya.. tgk darah x loya plak ekkk... 

Tujuan kami ke pasar nie nak cari udang rimau yang saiz xl untuk bbq kejap lagi..tapi xder.. kami baru tahu yang geng2 special force nie ader bbq di tepi pantai di Tanjung Simpang Mengayau, diorang pun 1st time ke sana walaupun dah hampir sebulan di markas Kudat tu...so.. kami pun terus menuju ke Tanjung Simpang Mengayau untuk acara makan free.. hehehhehe... Tanjung Simpang Mengayau mendapat jolokkan The Northernmost Tip of Borneo kerana lokasinya betul2 di hujung tanduk... tanduk aper??? hehehheheheee.... klu kita tgk peta Borneo.. ader macam rupa tanduk di bahagian utara Sabah kan... di situ lah kami akan pergi... Aper ade ekk kat situ???

Trek untuk ke mercu tanda Tanjung Simpang Mengayau.. kena jalan kaki tau.. naik turun bukit..

Pic nie snap dari salah satu wakaf untuk berehat..  di sini angin sangat kuat.. nak tercabut tudung aku kena tiup angin..

Mercu tanda.. 


Kami di sini... di tanduk Borneo..

3 ladies n a man
Di belakang kami adalah laut di mana berlakunya pertembungan arus di antara Laut China Selatan dan Laut Sulu...  keindahannya tidak terucap... datang lah sendiri.. pasti tidak mengecewakan..

Bila dah penat jalan2 kat sini, kami singgah di cafe berdekatan untuk makan ais cream.. huhhh... lega nyer rasa.. Cuaca sangat baik waktu nie tapi agak panas + dengan angin yang mcm ribut.. klu sape yang badan sekeping mesti tumbang ditiup angin... hehehheheeee... Di sini terdapat sebuah kedai cenderahati, aku cari fridge magnet, tapi xder pula yang mengambarkan Simpang Mengayau nie.. so aku x beli, kakak dan Jenny sempat menyambar poskad sekeping dua.. Kemudian kami ke tepi pantai tempat geng Along buat bbq, sampai jer di situ aku mengaru kepala yang x gatal.. Banyak tul hammock yang di gantung di pokok2.. kebetulan kami sampai ramai yang dah terbongkang macam ular sawa kekenyangan di atas hammock masing2.. Aku kerling jam di tangan, hampir jam 1030..  perut x lapar... tapi rugi klu x makan.. hehehhehee.. bukan makan nasi pun kan.. ratah lauk jer.. aku dengan muka x malu p mengendeng bbq yang baru di bakar.. Mereka yang memang sedia maklum dengan kedatangan kami menyambut baik dan mempelawa kami makan.

Hasil tangkapan

Along dah pakai sunglasses so x yah censored ... yang lain nie skuad special force yang perlu di censored.  Rahsia negara.. hehehhehee.... ada lebih kurang 20 orang.

Pantai yang bebas dari sampah sarap.. yang hitam2 tu from nature...



Mengabadikan kenangan dengan truck 3 tan... 
Along masih menjadi supir kami, ingatkan dia nak balik markas naik 3 tan nie.. xder maknanyer... Katanya jalan di Simpang Mengayau nie agak sunyi, risaukan kami yang perempuan semua nie... so kami kena drop off Along ke markas dan memulakan perjalanan kami ke Kundasang tepat jam 1215. Selamat tinggal Kudat... (nada sedih)...

Perjalanan kami diteruskan dan seperti biasa, aku lah supirnya... seperti semasa datang, kami perlu melalui jalan tanah dan berbatu kerikil skali lagi.. Tetapi kali ini aku pandu agak laju dari sebelumnya, aku masih ingat tempat2 yang perlu aku berwaspada.. Perjalanan dari Kudat - Kundasang memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit (155 km), tapi kami tidak terkejar-kejar.. Aku pandu dengan santainya... huhuhuuuu... Tiba di Kota Marudu kami singgah di kawasan gerai2 yang menjual barang2 makan.. macam di Air Hitam, Johor... Terdapat banyak pilihan makanan ringan untuk di bawa pulang ke Semenanjung, yang penting semuanya adalah hasil dari penduduk tempatan. Di Kota Marudu sangat famous dengan kacang tanahnya, ia di tanam sendiri oleh penduduk daerah ini yang menjadi antara sumber pendapatan utama mereka. Aku cuma beli kacang, amplang dan kuih cincin.. Aku xder pic nyer, googling jer lah... Amplang rasanya seperti keropok ikan dan kuih cincin rasa macam kuih cucur denderam tapi versi rangup... hehehheeeee... xder beza sangat makanan ringan diorang dengan semenanjung. 

Jual!! Jual!! Kacang! Kacang!
Selesai urusan di Kota Marudu, kami terus ke Kota Belud untuk ke KFC ku sayang... hehehehhee.. Makan nasi ayam lagi.. dan kami tapau untuk makan malam skali.. bimbang di Kundasang sukar untuk cari restoran halal dan kami di jangka sampai di Kundasang tika hari sudah gelap.. Bergerak dari Kota Belud lebih kurang jam 1430.. Perjalanan ke Kundasang akan melalui Tamparuli, salah satu tempat menarik di dalam itinerary kami ada di sini... aper ader kat Tamparuli ekkk... ???

Entrance Fees RM10 adult, RM5 child
Rumah Terbalik Borneo di Kampung Telibong, Tamparuli. Rumah terbalik pertama di Malaysia dan ke-5 di dunia.

Jambatan untuk masuk ke Rumah Terbalik.. ada tourist guide poyo akan bawa kita masuk, xleh ramai2 tau.. dalam 15 orang skali masuk... Amaran.. x boleh snap pic dalam umah nie tau..
Di dalam rumah nie semua benda terbalik, kecuali 1 item jer.... nanti dia bg kuiz semasa lawatan di dalam rumah nie..  Item nya. adalah CCTV.. klu asalnya CCTV di atas xkan bila terbalik nak letak di lantai pulakan.. so diorg tetap letak di atas.


Kereta Kancil nie pun tidak terkecuali, dalam keadaan terbalik di garaj  tepi Rumah Terbalik ini.
Jam menunjukkan hampir ke pukul 6 petang. Hari semakin gelap, perjalanan ke Kundasang macam  ke Cameron Highland juga.. jalan pusing-pusing... dah lah aku nie gayat, gaung nya memang dalam, sayup2 jer.. Semakin tinggi kereta Myvi nie mendaki, semakin ngilu aku rasa, klu boleh aku nak drive tanpa pandang hadapan.. Boleh ker?? hahahhahaaa... tiap kali lalu tepi gaung aku akan pandang tebing bukit di sebelah kanan... Itu jer jalan penyelesaiannya.. Oleh kerana kami tidak booked mane2 hotel, kami rasa sedikit kalut... Jenny dan kakak check di gps handphone masing2 tentang maklumat hotel di Kundasang. Kakak pernah honeymoon di Kundasang dan stay di Kinabalu Pine Resort, bilik yang betul2 mengadap Gunung Kinabalu... Tetapi pada malam tu bilik semua penuh sebab ada seminar di situ.. frustnyerrrrr... Kemudian  kakak call hampir 4 hotel untuk tanya tentang triple room, fare and room view. Akhirnya kami memilih The Cottage Hotel untuk stay malam tu (room triple) xder view gunung. Hotel ini berhampiran dengan roundabout Kundasang. Staf hotel bagitau yang kami masih boleh lihat Gunung Kinabalu.. Gunung itu terletak di sebelah kanan tingkap bilik kami.. so masih boleh nampak sunrise.. ermmm... better than never.. Pada malam yang gelap, pekat itu aku tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan pekan Kundasang tu ..  Jenguk di tingkap x nampak ape2.. Suhu agak sejuk, highland kannnn..Lepas check-in kami berehat, makan nasi ayam KFC lg dan tido..

P/s: Tido x nyenyak.. Angin kuat sampai bergegar tingkap bilik... Serammmmmmm.....

Sabah: Day 1 (Kota Kinabalu International Airport - Kudat)

Hari yang dinanti2kan telah tiba... Hati girang sampai tido pun x lena... hehehheheee...  aku dan kakak ku dari Seremban, kami akan parking di staff carpark di LCCT dan Dr. Jenny dari rumahnya di Putrajaya, pak dia yang hantar.. Kami berjanji untuk berjumpa di kios check-in utk print boarding pass dahulu.. Flight take off tepat jam 0800, penerbangan pagi itu agak lancar dan mengambil masa 2jam 30minit untuk tiba di BKI. Bila plane mula mencecah awan aku mula terasa agak mual... ermmmm... tak breakfast lagikan, aku rasa angin dalam perut tgh berebut2 nak keluar di mulut.. tapi ku tahan Jebat... aku duduk di tepi tingkap, memang x dan klu nak ke toilet... ku tahan lg Jebat... Harap2 berdoa cepatlah makcik2 pramugari nie sorong makanan... Aku order sandwich combo jer, dapat alas perut pun jadilah.. Bila keadaan aku dah stabil, aper lagi.. aku bantai tido sampai flight nak landing.. 

After flight touch down, kami berjalan keluar dan beratur untuk dapatkan pas masuk ala2 visa... guna Mykad jer... Pastu aku ke rak yang menyediakan pamphlet dan brochure percuma sambil menunggu yang lain pick up baggage. Aku cuma bawa 1 backpack jer (hand luggage). Keluar dari airport jam 1100, owner kereta sewa dah tunggu untuk serahkan kereta Myvi yang kami dah booked, selepas membuat pembayaran kami memulakan perjalanan ke Kudat. 

Perjalanan ke Kudat memakan masa 3jam (kami hampir 5jam sebab jalan yg x elok dan banyak menyinggah) dengan jarak lebih kurang 163km. Kami isi fuel full tank RM 60 di petrol pump berdekatan dengan airport dan mula bergerak ke main road. Keadaan trafik di Kota Kinabalu agak sibuk dan skali skala tersekat di dalam jammed. Kami menghala ke Tuaran dan perjalanan semakin lancar bila mula mencecah pinggir bandar. Apa yang agak baru bagi kami, terdapat banyak roundabout kecil sepanjang perjalanan kami ke Kudat, mungkin kosnya murah berbanding lampu isyarat. Lampu isyarat cuma dapat di lihat di Kota Kinabalu dan skali skala di pekan kecil mereka. Kami tidak singgah di Tuaran kerana mahu mengejar masa untuk tiba di Kota Belut untuk lunch.

Majlis Daerah Kota Belud opposite KFC

Tiba di Kota Belut hampir jam 1200.. Aku park kereta di kawasan kedai dan kami mulakan misi mencari restoran halal... penat tengkok aku mendongak mencari tanda restoran halal tp nan hado.. aduh.. perut dah pedih2 nie.. akhirnya kami mengalah, memang sukar untuk mencari restoran halal di situ. Alternatif terakhir, kami terpaksa makan nasi ayam di KFC Kota Belut... itu shj pilihan nasi yang ada...daripada perut lapar, bedal jer.. fast food pun fast food lah asal kenyang.. Ketika kami masuk dan makan, hati aku kurang senang dengan pandangan dan tenungan orang2 tempatan yang rata2nya remaja di dalam KFC tu.. kami dilihat macam alien, gelojoh sgt ker kami makan?? hehheheheee... Mungkin sebab kami bertiga shj yang bertudung di dalam KFC yang penuh sesak tu.

KFC yang banyak berjasa...
Oleh kerana sepanjang jalan tiada R n R atau apa2 tempat persinggahan, kami ambil peluang menggunakan tandas KFC nie untuk membasuh muka dan menqadakan aper2 yang patut. Di sebelah kawasan kami pakir kereta, rupanya ada kawasan yang ala2 macam bus stand di mana pengangkutan awam penduduk tempatan  berkumpul di situ... Mereka mengubahsuai 4x4 menjadi pengangkutan awam yang comel... hehehehee...Kemudian kami mulakan perjalanan ke Kota Marudu, daerah sebelum Kudat. Sepanjang jalan menuju ke Kota Marudu kami melalui kampung2 yang mempunyai pemandangan yang sangat indah, mata supir yang letih menjadi segar.


Kota Belud public transport 

Teruja tgk mereka naik benda nie..

Dalam perjalanan tersebut, kami lihat majoriti kenderaan di atas jalan adalah jenis 4 wheel drive dan MPV.. terasa kecil jer memandu MyVi di situ... Terdapat banyak car wash di sepanjang jalan ke Kota Marudu, sampaikan ader yang buat car wash di halaman rumah mereka. Kami dah mula tertanya2... Apabila kami  passed by Kota Marudu( x singgah pekan pun) jalan raya semakin berdebu, MPV dan 4x4 yang lalu semua comot dan berdebu... persoalan car wash banyak sebelum ini, terjawab sudah.. Perjalanan kami semakin perlahan dan sukar, tadi jalan raya bertar, kini cuma tanah dan batu kerikil shj.. Aku risau sangat takut tayar kereta meletup ker.. bocor ker... aduhhh... Aku baru teringat pemilik kereta sewa tadi ader nasihatkan aku supaya berhati2 ketika melalui jalan yang rosak dan masih dalam proses baik pulih ini.. katanya ada 1 lubang besar yang banyak kemalangan dah berlaku di situ... mujurlah aku berhati2, memang ada lubang tu... seriau bila difikirkan semula... Alhamdulillah, perjalanan hampir 45 min (aku pandu perlahan) di jalan yang rosak berakhir juga.. Aku singgah di gerai tepi jalan yang menjual jagung bakar dan kekacang.. Kereta dan tayar kereta tosah cakap lah... macam pakai foundation tebal gamaknyer... Beli jagung bakar dan kacang untuk bekalan...

Jagung bakar yang sedap..

Kami sambung lagi perjalanan ke Kudat... sebelum ke Pekan Kudat untuk menjemput along di markasnya, kami sempat singgah di Gombizau Honey Bee Farm yang terletak di Matunggong 45km dari pekan Kudat. Kami tidak masuk ke bee farm sebab masa tu bukan waktu lebah mengeluarkan banyak madu, klu pegi pun x dapat rasa sarang madu nyer.. so kami cuma membeli madu yang telah sedia ada di entrance dan bergambar kenangan di sekitarnya. Semasa berbual2 dengan local, aku bagitau tempat yang seterusnya akan ke Kampung Sumangkap di mana penduduknya mengusahakan pembuatan gong, tapi malang bagi kami sebab di kampung tersebut ada kematian, dan penduduk kg akan berkabung (tidak membuat gong) selama 1 minggu.. huhhhhhhh... frustnyer....

Entrance fee

Jual! Jual! madu tiga.. 1 botol tu RM30 dapat kurang RM 28


Model free Gombizau Kampung Madu...heheheheee...

Kami sambung sightseeing ke Maranjak Longhouse... Rumah traditional suku kaum Rungus ini agak menarik, diperbuat daripada buluh untuk dinding dan lantai manakala atap dibuat daripada nipah. Masuk di kenakan bayaran RM 3/pax. Di dalam rumah panjang nie ada banyak kelengkapan rumah yang di perbuat daripada kayu dan manik.. Jom layan gambar jer lah, nak cerita panjang sgt plak...

Entrance + local

Dalam rumah panjang..

Panjangkan rumah panjang.. hehhehee...

Tengok yang kat bawah dah cukup.. 

Bersama penduduk tempatan dengan tradition custom... jumpa tepi jalan, sempat panggil untuk bergambar..  Thanks makcik yg sporting

Selepas mendapat panggilan daripada Along.. kami kembali menyambung perjalanan ke pekan Kudat, misi kami untuk menjemput Along ku di markasnya yang bersebelahan dengan lapangan terbang Kudat. Kemudian Along membawa kami bersiar2 di Pantai BakBak.. Pantainya cantik, banyak batu2 terhampar di gigi air... Setelah 1/2 jam berehat di tepi pantai, kami menghala ke tempat penginapan.. badan dah letih lesu... Penginapan kami ditaja oleh Along di Kudat Golf & Marina Resort.. pemandang dari bilik kami memang cantik... Sea View hokey... Aku dan Dr. Jenny x sabar2 nak terjun pool.. Kul 9 p.m kami jumpa di lobby untuk g mencekik....

Sea View from our room.... 

Dinner seafood, tak menepati selera aku.. nama jer restoran org Kelantan, tp rasa macam masakan tempatan Sabah... Xde garam dan rempah ker kat Sabah nie.. ala2 Chinese food yg x berapa nak menjadi... hehheheheee... tp syukur Alhamdulillah, terisi juga perut...
Pas makan, pusing2 pekan Kudat dan balik ke bilik.... Letak jer kepala di bantal terus Zzzzzzzzzzz..... (simpan tenaga berjalan di Simpang Mengayau dan utk drive ke Kundasang esok..hoyeeeeee)